Paras air di Johor selamat

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 09/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 15003

JOHOR BAHRU 8 Dis. - Paras air sungai di seluruh negeri ini berada pada paras selamat, namun pemantauan secara berterusan akan dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Tan Kok Hong berkata, sehingga Isnin lalu hanya tiga sungai berada di paras berjaga-jaga iaitu Sungai Tangkak, Sungai Segamat di kawasan Buloh Kasap dan Sungai Lenik di Chaah.

"Taburan hujan yang direkodkan bulan lalu pula menunjukkan hanya Kota Tinggi yang paling banyak hujan dan kawasan lain adalah normal.

"Keadaan cuaca sekarang sukar diramal dan ia juga turut disumbangkan oleh pemanasan global. Namun, kita sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan banjir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menanda Tangani Kontrak Perjanjian di antara Percetakan Nasional Malaysia Bhd. (PNMB) dan Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengarah Urusan PNMB, Izham Yusoff; Ketua Pegawai Eksekutif SAJ, Abdul Wahab Abdul Hamid; Ketua Kontrak dan Perolehan SAJ, Md. Salleh Mashrom dan Pengurus Cawangan PNMB Johor, Hazwat Razali.

Berkenaan banjir kilat pula, menurut Kok Hong, ia sering berlaku akibat parit atau longkang yang tersumbat oleh sampah sarap.

"Sehubungan itu, semua pihak, termasuk orang ramai diharap dapat memberi kerjasama sewajarnya bagi mengelak berlakunya banjir kilat itu," katanya.

Sementara itu, Abdul Wahab berkata, pihak SAJ juga sentiasa berjaga-jaga dengan kemungkinan banjir dengan menaikkan kedudukan papan sluis yang mengendali loji pada paras yang lebih tinggi bagi mengelakkan ia rosak sekali gus membolehkan air banjir mencemari loji air bersih.

"SAJ mempunyai 28 loji air di seluruh Johor dan bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir, kita menyediakan 25 lori tangki dan perkhidmatan syarikat swasta juga akan digunakan untuk menampung kekurangan jika perlu," katanya.

(Petikan Utusan Malaysia Online -09/12/2011)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,774

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 33
Hari Ini : 687
Tahun ini : 310476
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).