Banjir: Bomba Johor siap sedia

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 12/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 17523

JOHOR BAHRU 10 Dis. - Kira-kira 1,000 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di seluruh negeri ini sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan banjir berikutan keadaan cuaca buruk sejak kebelakangan ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Hamid Suari berkata, sebaik sahaja Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan negeri mengisytiharkan bencana banjir berlaku, semua anggota bomba akan dikerah.

“Banjir yang berlaku penghujung tahun lalu dan awal tahun ini disebabkan pergerakan air dari sebelah Pahang dan negeri itu akan menjadi penanda aras kesiapsiagaan bomba negeri,” katanya ketika ditemui pada program Pertandingan Kawad Kecekapan Swasta 2011 di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Hamid mewakili Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Ab. Ghani Daud bagi menyempurnakan penutupan program yang merupakan salah satu acara dalam Minggu Pencegahan Kebakaran yang bermula 4 Disember lalu.

Turut hadir, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Mohd. Salleh Mohamed dan Ketua Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Mohamed Ali Mohamed Abu Backer.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 12/12/2011)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,697

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 23
Hari Ini : 610
Tahun ini : 310399
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).