Laksana kajian atasi banjir

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 14/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 6156

ROMPIN 13 Dis. - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya satu kajian dibuat bagi menangani masalah di beberapa kawasan yang sering dilanda banjir di negeri ini agar ia tidak berulang pada masa akan datang.

Baginda bertitah, satu jalan penyelesaian perlu dilakukan bagi menangani masalah itu termasuk membina rumah sementara yang lebih tinggi.

"Rumah sementara itu tidak perlu cantik tetapi ia sebagai alternatif atau persediaan kepada penduduk untuk berpindah.

"Saya harap perkara ini dapat dibuat kajian teliti terutama di kawasan pedalaman dengan membinanya berhampiran rumah penduduk bagi mengurangkan ketidakselesaan di pusat pemindahan banjir," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Balai Raya Telok Gading di sini semalam diiringi Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis; Pegawai Daerah Rompin, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Kapten (B) Mohd. Johari Hussain.

Baginda bertitah, meskipun rumah sementara yang dibina tinggi itu bukan penyelesaian masalah banjir, namun ia diharap dapat mengurangkan kehadiran mangsa bencana itu di pusat pemindahan banjir yang disediakan.

Bagaimanapun baginda bertitah, cadangan itu hanya tertakluk kepada kawasan yang sering dinaiki air setiap kali musim tengkujuh atau banjir kilat sehingga menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 14/12/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,694,906

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 16
Hari Ini : 485
Tahun ini : 313608
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).