Ibu kota dilanda banjir kilat lagi

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 15/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 6858

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, kawasan paling teruk terjejas ialah Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Brunei di Pudu, selain Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Razak serta Jalan Sultan Ismail yang turut mengakibatkan kesesakan lebih tiga jam di pusat bandar raya dan kawasan sekitarnya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat sebuah tempat letak kereta di Bukit Bintang turut ditenggelami banjir kilat, namun keadaan dilaporkan terkawal dan tiada sebarang panggilan kecemasan diterima.

“Banjir kilat petang ini (semalam) tidak seteruk berbanding semalam (kelmarin), terutama di Jalan Tun Razak dan kawasan sekitarnya, termasuk Jalan Semarak yang memaksa Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur terpaksa menggerakkan aset sokongan, termasuk bot penyelamat bagi mengeluarkan mangsa terperangkap di kawasan terbabit.

“Bagaimanapun, setiap pegawai dan anggota bomba di sekitar bandaraya diletak dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini yang memungkinkan banjir kilat atau tanah runtuh berlaku pada bila-bila masa,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Beliau turut mengingatkan orang ramai, terutama penduduk di kawasan sering berlaku banjir, tanah runtuh dan mendapan tanah di bandaraya ini sentiasa peka terhadap perkembangan situasi bencana, malah bersedia dipindahkan bagi mengelak sebarang risiko.
Sementara itu, Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) memaklumkan banjir kilat berlaku seawal jam 5 petang semalam, hampir melumpuhkan sistem aliran trafik di sekitar bandaraya menyebabkan kesesakan di laluan utama seperti Jalan Sultan Ismail menghala Jalan Tuanku Abdul Rahman, Bulatan Segambut menghala ke Jalan Ipoh, selain Jalan Genting Klang dan Jalan Kuching menghala Selayang.

“Turut mengalami kesesakan teruk Jalan Kinabalu menghala Jalan Loke Yew dan Bulatan Cheras, Jalan Maharajalela menghala Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching dan Jalan Tun Razak menghala Bulatan Pahang,” katanya sambil memaklumkan sehingga jam 9 malam, kesesakan masih dilaporkan berlaku di laluan berkenaan.

Selain itu, beberapa kes mendapan tanah turut dilaporkan di Kampung Baru berikutan hujan lebat sejak petang kelmarin, namun tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan.

(Petikan Berita Harian Online - 15/12/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,742

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 24
Hari Ini : 655
Tahun ini : 310444
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).