Dua tindakan atasi banjir

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 15/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 6976

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Dua pelan akan dilaksanakan pada tahun depan yang dijangka dapat mengatasi masalah banjir di sekitar Kuala Lumpur terutama di Jalan Tun Razak, di sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, pelan pertama ialah membina satu lencongan untuk mengalirkan air dari Sungai Bunus ke Tasik Titiwangsa sebelum disalurkan ke Sungai Gombak.

“Perkara itu telah dipersetujui oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet.

“Pelan kedua pula ialah menaik taraf dua kolam takungan di Air Panas dan Setapak Jaya bernilai RM20 juta dalam masa terdekat ini. Kolam tersebut berfungsi untuk memperlahankan aliran air sungai yang memasuki Sungai Bunus,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di ibu negara semalam. Jalan Tun Razak yang berhampiran dengan Sungai Bunus paling teruk dinaiki air sehingga menyebabkan kenderaan tidak dapat bergerak.

Hujan lebat hampir tiga jam semalam sejak pukul 4.30 petang menyebabkan Jalan Tun Razak di hadapan Perpustakaan Negara dan beberapa jalan utama lain di ibu negara dinaiki air.

“Beberapa tindakan sedang dirangka ketika ini, khususnya di sekitar jalan Tun Razak kerana ia merupakan kawasan banjir yang terjejas teruk semalam,” tambah beliau.

Katanya lagi, petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan ditugaskan membersih perangkap sampah di setiap kawasan setiap hari.

Menurut beliau, banjir yang berlaku di Jalan Tun Razak semalam berpunca daripada hujan lebat sehingga hampir 200 meter persegi persaat sekali gus tidak dapat ditampung oleh Sungai Bunus.

“Dalam keadaan yang biasa ia dapat menerima 70 meter sahaja kerana Sungai Bunus ini akan melalui di bawah Jalan Tun Razak dan jambatan yang ada di sana agak rendah, beberapa kaki sahaja (lebih) tinggi daripada paras Sungai Bunus.

“Jadi apabila taburan hujan meningkat sampai 200 meter persegi persaat memang akan menyebabkan berlaku banjir,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Lumpur, Mat Rahim Ismail menjelaskan kedua-dua pelan itu akan dilaksanakan bermula Januari depan.

“Pelan ini akan dilaksanakan bagi mengurangkan masalah banjir yang sedang dihadapi sekarang,” katanya apabila dihubungi.

Beliau berkata, tahun ini menyaksikan beberapa kawasan dilanda banjir kilat yang teruk sebanyak empat kali tetapi kejadian semalam adalah yang paling buruk.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 15/12/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,713

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 31
Hari Ini : 626
Tahun ini : 310415
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).