Kali ini lebih teruk

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 16/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 6869

KUALA LUMPUR: Kejadian tanah mendap di Jalan Syed Mahadi, Kampung Pindah dekat Kampung Baru di sini berulang kembali kesan daripada aliran air deras banjir kilat Selasa lalu.

Malah, mendapan kali ini lebih teruk daripada sebelumnya menyebabkan kerosakan pada rumah berhampiran dan membentuk lubang baru lebih besar.

Penduduk, Ahmad, 42, berkata, kejadian petang Selasa lalu berlaku dengan pantas, air naik mendadak dan deras sehingga menghakis tanah di kawasan berkenaan.

 

“Ketika air memenuhi kawasan ini, kami lihat pagar dibina mula roboh dan apabila surut beberapa jam kemudian, semuanya musnah.

“Dalam tempoh setahun, dua kali kejadian sama berlaku dan kami tidak pasti sama ada kawasan ini masih selamat diduduki. Malah, sejak kejadian April lalu, ramai pemilik rumah mula berpindah dan yang tinggal hanya penyewa,” katanya.

Peniaga, Aminah Amin, 50, berkata, penduduk mahu mengetahui tahap keselamatan struktur tanah di kawasan itu.Katanya, sejak kejadian pertama, tiada penjelasan diberi dan apabila ia berulang diharap pihak berkaitan dapat menyelesaikan perkara itu segera serta memberi maklumat tepat kepada penduduk.

Dalam kejadian 16 April lalu, saluran air bawah tanah yang menyalurkan air ke Sungai Bonus, pecah kerana tidak dapat menampung kapasiti air yang banyak akibat hujan lebat

Air deras turut membawa pasir bersama mengakibatkan jalan raya berhampiran mendap dan menghasilkan dua lubang besar sedalam dua meter. Manakala, dalam kejadian Selasa lalu, banjir kilat memusnahkan kawasan sama dan membentuk lubang dan mendapan lebih besar.

Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Datuk Ibrahim Komoo berkata, hujan lebat dan air deras boleh mengakibatkan hakisan, terutama di kawasan yang pernah mengalami mendapan.

Katanya, struktur tanah di kawasan terbabit mengalami pergerakan dan masih longgar atau bersifat belum padat. Apabila aliran air deras, ia menghakis struktur tanah sedia ada, sekali gus menyebabkan mendapan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan akan memberi kenyataan kemudian.

(Petikan Harian Metro Online - 16/12/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,705,488

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 74
Hari Ini : 4666
Tahun ini : 324190
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).