Banjir: 140 projek dalam pembinaan dijamin selamat

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 19/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 6403

KOTA BHARU 18 Dis. - Aspek keselamatan kira-kira 140 projek pembinaan yang sedang aktif di seluruh negeri ini dijamin dalam keadaan baik dan tidak terjejas meskipun berhadapan dengan musim tengkujuh yang masih berlarutan.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) negeri, Ir. Zulkafli Zainuddin berkata, pihaknya mengadakan pemeriksaan berkala dan berpuas hati dengan pelaksanaan kerja yang dijalankan pemaju bagi mengelak risiko seperti binaan asas yang retak akibat hujan kerana ia boleh mengancam keselamatan.

Menurutnya, melalui lawatan yang dilakukan, pihaknya memastikan pemaju dan kontraktor mematuhi peruntukan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 dan menilai mereka berdasarkan senarai hirarki kawalan yang telah ditetapkan.

"Daripada pemantauan yang dibuat, kami mendapati setakat ini tidak ada satu pun tapak pembinaan termasuk projek perumahan yang aspek keselamatannya boleh terjejas akibat musim tengkujuh kerana kontraktor mematuhi peraturan dan prosedur.

"Majoriti daripadanya kita beri gred B dan C iaitu mereka mematuhi prosedur cuma ada sedikit kekurangan seperti tidak mempunyai pegawai kesihatan dan keselamatan mereka sendiri bagi mengawasi aspek itu di tapak kerja yang mana ia satu keperluan wajib bagi projek bernilai RM20 juta ke atas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesihatan Pekerjaan peringkat negeri di Dewan Auditorium Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang dihadiri lebih 80 kakitangan Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Katanya, aspek sama ada peralatan kren dan jentera dalam kawasan projek mempunyai sijil perakuan serta diselenggara dengan sempurna juga menjadi antara perkara utama dinilai pegawai DOSH bagi mengelak kemalangan dan perkara yang tidak diingini berlaku.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 19/12/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,694,538

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 9
Hari Ini : 117
Tahun ini : 313240
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).