87 ikuti latihan banjir dalam situasi 'sebenar'

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 20/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 7005

SEGAMAT 19 Dis. - Hujan lebat berterusan, paras air sungai yang meningkat serta arus deras merupakan cabaran terbesar bagi 87 peserta Program Latihan Bersepadu Menyelamat di Air Menghadapi Bencana Banjir Daerah Segamat ke-2 yang diadakan di Jeti Perikanan Kampung Tekam yang berakhir semalam.

Namun, keadaan itu bukan halangan dan alasan bagi mereka untuk membatalkan latihan yang dirancang, malah ia memberi pengalaman 'sebenar' dalam usaha menyelamat, mengendalikan bot dan peralatan yang digunakan.

Timbalan Ketua Polis Segamat, Deputi Supritendan Mohamad Anuar Ismail berkata, walaupun keadaan begitu mencabar, namun semua peserta yang terdiri daripada anggota polis, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta penduduk kampung berjaya memgikuti latihan itu.

"Peserta kali ini bernasib baik kerana mereka berpeluang melakukan latihan mengendali bot dan menyelamat dalam suasana yang hampir seperti sebenar ketika bencana banjir berlaku. Secara tidak langsung mereka tidak akan berasa janggal apabila menjalankan tugas semasa bencana banjir berlaku," katanya.

Beliau menyifatkan latihan itu berjaya dan mencapai matlamat ekoran semua peserta memberikan komitmen tinggi selain mampu mengatasi semua cabaran dan berharap program itu dapat diadakan lebih kerap bagi memastikan anggota penyelamat sentiasa bersiap sedia.

Sementara itu, Timbalan Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Segamat, Shahril Abdul Rahman berkata, latihan kali ini tertumpu kepada aspek kemahiran mengendalikan bot, usaha menyelamat mangsa banjir serta mewujudkan jalinan kerjasama antara peserta serta agensi penyelamat yang terlibat.

"Diharap latihan ini dapat melahirkan anggota penyelamat yang benar-benar bersedia dan mampu bekerjasama baik semasa menjalankan tugas mereka sekiranya banjir berlaku," katanya.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 20/12/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,694,536

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 8
Hari Ini : 115
Tahun ini : 313238
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).