Terowong SMART ditutup dari jam 11 malam Rabu ini
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 20/12/2011 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 6518
KUALA LUMPUR: Lebuh raya SMART akan ditutup kepada lalu lintas dari 11 malam Rabu ini sehingga pukul 6 pagi Khamis.
Menurut satu kenyataan Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (SMART) di sini hari ini, penutupan itu bagi kerja penyelenggaraan terowong.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh hubungi talian bantuan SMART di 1-300-88-7188. - BERNAMA
(Petikan Berita Harian Online -20/12/2011)