Operasi tangani masalah banjir

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 22/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 6681

KUANTAN 21 Dis. – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mengambil beberapa tindakan segera bagi mengatasi masalah banjir kilat di bandar ini termasuk menggunakan jentera moden yang dibawa dari Kuala Lumpur untuk membersihkan longkang dan parit tersumbat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan, kejadian banjir kilat yang berlaku berpunca daripada longkang yang dipenuhi sampah-sarap selain pasir dan tanah mendap.

“Sikap segelintir penduduk yang gemar membuang sampah dan sisa makanan ke dalam longkang menyebabkan ia tersumbat.

“Sementara pasir dan tanah yang mendap itu dipercayai datang dari kawasan bukit berdekatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di program ‘Gerak Tumpu’ anjuran Alam Flora di Taman Kerang dekat Jalan Mahkota di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong.

Sementara itu, beliau berkata, dua unit mesin yang dibawa dari Kuala Lumpur itu dikenali ‘Vac-All’ dan bernilai RM1 juta sebuah untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Jelasnya, kerja pembersihan dilakukan menggunakan mesin Vac-All tersebut yang akan menyedut segala keladak dan kekotoran di dalam longkang.

“Kerja-kerja pembersihan ini telah dijalankan sejak 10 hari lalu melibatkan longkang di kawasan yang sering berlaku banjir kilat antaranya di Jalan Sekilau, Jalan Darat Makbar, Jalan Teluk Sisek dan Jalan Pasar Besar.

“Longkang di Jalan Mahkota ini merupakan lokasi terakhir dan kita jangka kerja-kerja pembersihan akan selesai hari ini juga,” ujarnya.

Kata beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang masalah berkaitan longkang tersumbat atau sebarang aduan boleh menghubungi talian bebas tol, 1-800-88- 7472.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 22/12/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,820,408

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 18
Hari Ini : 476
Tahun ini : 67308
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).