PBB rayu bantuan dana bencana untuk Filipina

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 23/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 10557

MANILA 22 Dis. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini merayu sumbangan dana sebanyak AS$28.6 juta (RM91 juta) untuk membantu lebih setengah juta mangsa taufan di Filipina.

Koordinator Kemanusiaan PBB di Filipina yang juga pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia di negara ini, Soe Nyunt-U berkata, dana itu akan menyediakan \'bantuan menyelamatkan nyawa\' kepada mangsa-mangsa banjir.

"PBB dan rakan kumpulan kemanusiaan lain bekerja keras untuk membantu usaha kerajaan Filipina.

"Namun negara ini kini memerlukan bantuan yang sangar besar," kata Nyunt-U.

Lebih 640,000 orang dipindahkan akibat Taufan Washi yang memusnahkan seluruh perkampungan di selatan negara ini lewat minggu lalu, menurut Pejabat Pertahanan Awam (OCD).

Kebanyakan mangsa berkhemah di jalan-jalan raya dan di sekitar perkampungan mereka yang musnah, manakala 43,000 lagi menetap di pusat pemindahan yang sesak.

Nyunt-U turut menyifatkan bandar Cagayan de Oro and Iligan yang terjejas teruk akibat taufan itu sebagai dilanda tsunami darat dengan hampir semua kawasan musnah dan hanya tinggal beberapa bangunan yang masih berdiri.

Menurut laporan, beratus-ratus orang lagi masih hilang dan lebih ramai pasukan penyelamat menyertai operasi mencari hari ini.

Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Metro Manila, Francis Tolentinoturut tiba di Cagayan de Oro bersama 19 anggota pasukannya untuk membantu operasi mencari mangsa.

Angka korban hari ini meningkap kepada 1010 orang dan kebanyakan mayat ditemui terapung di laut, tetapi penduk percaya ramai yang hilang tertimbus di bawah runtuhan pokok dan lumpur. - DPA

(Petikan Utusan Malaysia Online - 23/12/2011)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,748,899

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 11
Hari Ini : 812
Tahun ini : 367601
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).