Bantuan tiba lambat jika jalan terputus
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 29/12/2011 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 5421
KUCHING 28 Dis. - Mangsa bencana banjir yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan di negeri ini dinasihatkan supaya bersabar sekiranya bantuan makanan lambat tiba.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata, kelewatan menghantar bantuan ke beberapa pusat pemindahan adalah disebabkan jalan perhubungan terputus dan banyak pusat dibuka serentak.
"Pihak JKM mengalami kesukaran menghantar bekalan makanan ke sesetengah pusat pemindahan kerana terpaksa bergantung kepada keadaan air pasang surut sungai untuk ke sana.
"Kita faham mangsa tertekan kerana terpaksa berdepan dengan bencana alam ini, namun kita minta bersabar kerana kerajaan negeri akan memastikan semua mangsa terlibat mendapat bantuan secepat mungkin," katanya di sini semalam.
(Petikan Utusan Malaysia Online - 29/12/2011)