Benteng pecah jejas 5 kampung

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 30/12/2011 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 5927

KUCHING: Lebih 500 penduduk lima kampung di Pulau Semilang berhadapan risiko banjir lebih buruk apabila benteng penahan ombak berdekatan kawasan itu yang pecah sejak dua tahun lalu, belum dibaiki hingga kini.

Akibatnya, penduduk Kampung Beradek, Beradek Cina, Tiang Api, Semilang dan Sungai Pinang, terpaksa berhadapan hujan lebat dan air laut yang masuk melalui sungai kecil di sekeliling kampung.

Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Beradek, Sedi Jenis, 48, berkata walaupun kampung itu kerap dinaiki air namun ia tidak seteruk dialami ketika ini.

“Jika hanya air hujan, kawasan halaman saja akan dinaiki air, namun akibat benteng pecah, rumah penduduk dinaiki air antara 0.5 hingga 0.8 meter seperti yang berlaku sejak tiga hari lalu.

“Sekiranya keadaan berlarutan, tidak mustahil seluruh kawasan kampung ini akan tenggelam dengan kami merayu kerja membaiki benteng penahan ombak diselesaikan secepat mungkin,” katanya ketika ditemui Berita Harian, semalam.

Lebih 400 penduduk kampung kini terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Beradek sejak malam Ahad lalu, selepas kediaman mereka dinaiki air dengan belum ada tanda keadaan bakal pulih.

Difahamkan akibat dari benteng penahan ombak pecah juga, penduduk kampung juga tidak dapat menanam padi sejak tiga tahun lalu, manakala tanaman seperti pokok buah-buahan tidak dapat mengeluarkan hasil yang baik.
Sedi berkata, penduduk kampung sudah beberapa kali cuba menyuarakan masalah ini kepada pihak berkuasa namun selepas tinjauan dilakukan jurutera, hanya kerja membaiki secara kecil-kecilan dilaksanakan.

“Memang ada usaha membaiki dilakukan, namun ia tidak kekal lama dengan benteng penahan kembali pecah dan jika ia tidak dibaiki sepenuhnya, kerosakan akan bertambah buruk serta membabitkan kos membaiki lebih besar.

“Saya berharap masalah penduduk ini dapat diberi perhatian kerana ia menyebabkan kami sukar untuk melelapkan mata kerana terbayang rumah akan dihanyutkan ke laut pula selepas ini,” katanya.

(Petikan Berita Harian Online 30/12/2011)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,695,007

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 13
Hari Ini : 586
Tahun ini : 313709
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).