Penduduk pesisir pantai Langkawi, Kuala Muda siap sedia tinggalkan kediaman: MKN

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 12/04/2012 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 12507

ALOR SETAR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah mengarahkan semua penduduk yang tinggal di persisir pantai di negeri ini terutama di Langkawi dan Kuala Muda bersiap sedia untuk meninggalkan kediaman masing-masing bagi menghadapi kemungkinan ancaman Tsunami susulan gempa bumi berukuran 8.7 skala Richter di Aceh, Sumatera Utara Indonesia, petang tadi.

Setiausahanya, Abu Bakar Sudin, berkata pihaknya sudah menerima amaran peringkat pertama Tsunami kira-kira jam 6 petang tadi sebelum mengarahkan agensi berkaitan termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat selain Jabatan Penerangan untuk menghebahkan maklumat berkenaan kepada orang ramai menjauhi pantai.

"Kita sudah membuka Bilik Gerakan di Anak Bukit sebagai pusat maklumat dan operasi sekiranya berlaku kemungkinan Tsunami.

"Ketika ini Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran pertama di negeri utara dan kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan meminta orang ramai khususnya penduduk persisir pantai supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,"katanya.

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,706,922

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 45
Hari Ini : 698
Tahun ini : 325624
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).