1,000 penduduk Kota Kuala Muda tinggalkan rumah susulan gegaran
Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 12/04/2012 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 11057
SUNGAI PETANI: Hampir 1,000 penduduk dari lima kampung di persisir pantai Kota Kuala Muda di sini meninggalkan rumah masing-masing menuju ke Dewan Serbaguna Tunku Intan Shafinaz di kawasan berdekatan sebagai langkah keselamatan menghadapi kemungkinan ancaman Tsunami.
Penduduk dari Kampung Tepi Sungai, Kampung Masjid, Kampung Padang Salim, Kampung Keda Tepi Sungai dan Kampung Kepala Jalan mula meninggalkan rumah masing-masing kira-kira jam 5.30 petang tadi selepas mendapat arahan pihak berkuasa.
Kebanyakan penduduk yang ditemui mendakwa tindakan mereka itu adalah sebagai langkah keselamatan berikutan merasai gegaran selama 20 saat susulan gempa bumi berukuran 8.7 skala Richter di Aceh, Sumatera Utara Indonesia petang tadi.
Lima kampung berkenaan yang terletak di pesisir pantai Kota Kuala Muda pernah dilanda Tsunami pada 2004.