Feri dan jambatan Pulau Pinang beroperasi seperti biasa

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 12/04/2012 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 38348

GEORGETOWN: Perkhidmatan feri dan laluan di Jambatan Pulau Pinang tidak terjejas sekalipun dua gegaran dirasai di negeri ini susulan kejadian gempa bumi di Aceh, Indonesia petang tadi.

Ketua Perhubungan Awam Penang Port Sdn Bhd, Suhailawati Ramli ketika dihubungi Bernama, memberitahu perkhidmatan feri Pulau Pinang masih beroperasi seperti biasa dan pihaknya sedang memantau keadaan.

"Jika kami dapat amaran tsunami di kawasan ini kami akan terus berhentikan operasi," katanya.
 
Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS Expressway Berhad (PLUS) Khalilah Mohd Talha berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima arahan agar menutup Jambatan Pulau Pinang.

"Jumlah kenderaan yang menggunakan jambatan juga seperti biasa," katanya ketika dihubungi.

Beliau juga berkata, PLUS tidak menerima laporan mengenai kejadian tidak diingini di jambatan itu susulan gegaran berkenaan.

Beberapa negeri di Semenanjung merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Aceh, Sumatera Utara, Indonesia yang berlaku pada jam 4.30 petang tadi waktu Malaysia. - BERNAMA
 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,768

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 28
Hari Ini : 681
Tahun ini : 310470
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).