Ribut di Kuala Nerang: 20 rumah rosak

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 12/04/2012 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 19639

ALOR SETAR — Ribut kuat disertai hujan lebat kira-kira 15 minit di pekan Kuala Nerang dekat sini, petang semalam menyebabkan hampir 20 rumah dan berbelas kedai serta gerai rosak.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata, rumah-rumah yang rosak teruk ialah di Kampung Bendang, Kampung Baru, Kampung Semeliang dan Kampung Seberang serta beberapa taman perumahan di pekan Kuala Nerang.

"Saya bersama Pasukan Bertindak Adun Kuala Nerang melancarkan operasi memberi khidmat bantuan kepada mangsa-mangsa ribut dan menebang pokok yang tumbang menimpa rumah dan gerai-gerai sehingga tengah malam tadi.

"Khidmat ini disambung hari ini. Bantuan segera RM500 diberi kepada pemilik rumah yang mengalami kerosakan teruk manakala pengusaha gerai antara RM100 dan RM200,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, seorang jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dihubungi berkata bantuan membaikpulih rumah mangsa ribut akan dikeluarkan selepas bancian dan penilaian yang dibuat hari ini selesai.— BERNAMA

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,884

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 15
Hari Ini : 797
Tahun ini : 310586
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).