Hujan lebat sebab banjir kilat tidak dapat diramal

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 06/01/2012 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 5620

KUCHING: Ketiadaan alat ramalan cuaca dan arah tiupan angin yang tidak dapat diramalkan di laut dekat Kuching menyebabkan hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat tidak dapat diramalkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan dan Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Alfred Jabu.

"Kita mempunyai bacaan kaji cuaca dan telemetrik di kawasan tadahan, tetapi awan yang membawa hujan datang dari laut dan dengan berlakunya perubahan haluan tiupan angin, kami tidak dapat membuat ramalan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan masyuarat jawatankuasa itu di sini hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan beberapa pihak tentang mengapa tiada ramalan kaji cuaca diumumkan hingga menyebabkan beberapa kawasan rendah di bandaraya ini dilanda banjir dan lebih 1,400 dipindahkan.
Banjir mulai surut tengah hari ini tetapi beliau mengingatkan bahawa hujan sekejap-kejap akan berterusan sehingga Sabtu di sini.

Dua orang, seorang pelajar perempuan 19-tahun dan seorang pekerja stesen minyak berusia 29-tahun, dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas semasa kemuncak banjir itu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, SAC Datuk Law Hong Soon, yang hadir pada sidang akhbar itu, berkata pelajar berkenaan, Kho Ying Qi, jatuh ke dalam parit monsun dekat Batu Lintang di sini dan Herman Sihas yang cuba menyelamatkannya dengan terjun ke dalam parit itu juga dihanyutkan arus kuat.

"Operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan setakat ini belum menemui mangsa," katanya. - BERNAMA
 

 

(Petikan Berita Harian Online - 5/1/2012)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,692,113

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 21
Hari Ini : 1026
Tahun ini : 310815
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).