Banjir kilat melanda Kuching

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 06/01/2012 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 5443

KUCHING 5 Jan. - Hujan lebat berterusan sejak awal pagi menyebabkan bandar raya ini dilanda banjir kilat sehingga 1,409 mangsa daripada 300 keluarga dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan banjir.

Pusat bandar raya juga hampir lumpuh apabila beberapa jalan utama dinaiki air sedalam kira-kira 0.3 meter mengakibatkan kesesakan lalu lintas luar biasa sehingga ada yang terpaksa berpatah balik dan membatalkan hasrat untuk ke tempat kerja.

Malah beberapa sekolah turut ditutup akibat bencana tersebut.

Bagaimanapun, air yang dikatakan naik mendadak sehingga ke paras pinggang di beberapa kawasan rendah kembali surut menjelang tengah hari.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana negeri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, laluan yang terlibat adalah Jalan Laksamana Cheng Ho, Jalan Badruddin, Jalan Batu Kawah, Jalan Stapok, Jalan Green, Jalan Matang, Jalan Sultan Tengah, Jalan Rock, Jalan Taman Desa Wira dan Jalan Batu Lintang.

Sementara itu katanya, empat buah sekolah yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Combined, SK Batu Lintang, SK St. Dunstan, SK Batu Kitang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lintang.

"Purata taburan hujan yang tinggi iaitu sekitar 150 milimeter (mm) dalam tempoh tiga jam bermula pukul 5 hingga 8 pagi tadi mengakibatkan berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan rendah di bandar raya ini.

"Sehubungan itu, saya berharap penduduk mengambil langkah berjaga-jaga kerana keadaan ini dijangka berterusan berdasarkan amaran cuaca peringkat kuning sehingga 10 Januari ini," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Banjir di sini hari ini.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 6/1/2012)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,695,388

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 10
Hari Ini : 11
Tahun ini : 314090
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).