Projek pam air RM40 juta

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 12/01/2012 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 12532

SRI AMAN 11 Jan. – Masalah bekalan air yang sering melanda penduduk, khususnya di kawasan pekan Lubok Antu bakal berakhir apabila projek pembinaan Pusat Pengepam Bekalan Air Bersih bernilai RM40 juta dijangka siap tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata, projek telah dilaksanakan di Wong Jugam, Sungai Batang Ai yang terletak tidak jauh dari Pekan Lubok Antu.

“Majlis pecah tanah projek pembinaan Pusat Pengepam Bekalan Air Bersih dijangka berlangsung 20 Januari ini di Wong Jugam, Sungai Batang Ai.

“Ia merupakan projek terbesar yang diperuntukkan oleh kerajaan menerusi saya sejak menjadi wakil rakyat di sini,” katanya ketika pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Abel, Tinting Lalang, Lubok Antu, dekat sini, kelmarin.

Nyalau berkata, melalui projek berkenaan itu ia dapat menyelesaikan masalah kekurangan air yang dialami oleh penduduk dalam kawasan daerah Lubok Antu apabila ia mulai beroperasi kelak.

“Pada masa ini, penduduk di kawasan berkenaan hanya menerima bekalan air bersih dari Pusat Pemprosesan Air dari Sungai Lemanak berdekatan dengan Rumah Bak, Sebeliau di Lubok Antu.

“Bagaimanapun, enjin pemproses air di situ sering tersumbat apabila banjir berlaku di Sungai Batang Lemanak akibat hujan lebat dan projek terbaharu ini dijangka mampu mengurangkan masalah ketiadaan air di sini pada masa akan datang,” ujarnya.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 12/1/2012)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,692,151

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 21
Hari Ini : 1064
Tahun ini : 310853
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).