Malaysian Relief Agency tubuh pusat sehenti di Bangkok, bantu mangsa banjir

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 12/01/2012 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 10784

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Malaysian Relief Agency (MRA) telah membuka sebuah pusat sehenti di Bangkok, Thailand bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada mangsa banjir di ibu kota tersebut.

Ketua Eksekutifnya, Mohd. Shahrulazilan Said berkata, pusat tersebut juga akan memberikan perkhidmatan membaik pulih peralatan elektrik, mesin dan motosikal yang amat diperlukan mangsa akibat bencana alam itu.

"MRA dan rakan pelaksana di Thailand telah mengenal pasti beberapa aspek bantuan yang perlu diutamakan dan lokasi paling sesuai untuk melaksanakan misi bantuan ini.

"Berdasarkan pemerhatian, selain makanan dan minuman, mereka amat memerlukan bantuan teknikal seperti pendawaian semula, pembaikan alat-alat elektrik, membaikpulih mesin, peti ais, telefon dan perkara-perkara lain yang seumpama dengannya," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mohd. Shahrulazilan berkata, MRA bersama 400 sukarelawan daripada penuntut universiti setempat telah dilatih dengan pengetahuan asas dan kemahiran untuk membantu kerja membaikpulih rumah penduduk termasuk melakukan kerja elektrik dan pendawaian di kediaman yang terjejas.

"Selain itu, kita turut menyediakan makanan dan minuman bagi sukarelawan dan petugas yang terlibat di pusat sehenti ini.

"Kami amat mengharapkan sumbangan dari orang ramai untuk disalurkan kepada penduduk di kawasan yang teruk dilanda banjir ini," katanya.

Katanya, masih banyak kawasan di ibu kota itu masih digenangi air.

"Air yang bertakung ini ditambah dengan pencemaran setempat menyebabkan keadaan kesihatan terjejas dan boleh memudaratkan penduduk serta pengunjung.

"Di sesetengah kawasan, penduduk sudah mula membaiki kerosakan rumah dan premis mereka," ujarnya.

Katanya, kajian Abac Poll, menyatakan seramai 84.2 peratus penduduk menggunakan wang simpanan mereka untuk membaiki rumah, manakala seramai 40.8 peratus meminjam wang daripada ceti haram sementara hanya seramai 16.4 peratus sahaja yang meminjam dari institusi kewangan dan bank.

"Ini jelas menggambarkan bahawa suasana pasca banjir adalah lebih rumit dan ia memerlukan bantuan bagi meringankan beban tersebut.

Justeru, MRA mengalu-alukan sebarang sumbangan dana daripada orang ramai.

Sumbangan dana boleh dibuat menerusi akaun MAYBANK - Malaysian Relief Agency - 5640 9820 6365.

Tambahnya, MRA juga bersedia untuk berkerjasama dengan mana-mana organisasi yang berhasrat untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Thailand.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-2697 2007 atau e-mel: mrarelief@yahoo.com.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 12/1/2012)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,695,409

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 7
Hari Ini : 32
Tahun ini : 314111
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).