Maybank tawar moratorium 6 bulan bagi mangsa banjir

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 13/01/2012 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 10983

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Maybank menawarkan moratorium selama enam bulan kepada mangsa-mangsa banjir bagi bayaran ansuran bulanan dan pengecualian caj tertentu mengikut kes sehingga 30 Jun, 2012.

Dalam satu kenyataan hari ini, Maybank berkata program bantuan malapetaka akan turut diberikan kepada perniagaan, enterpris kecil dan sederhana dan para pengguna yang menerima kesan banjir baru-baru ini di Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

"Ini adalah moratorium kelima yang ditawarkan Maybank kepada pelanggannya sejak 2007 sejajar dengan misi kami memasukkan unsur kemanusiaan," kata Timbalan Presiden/Ketua Perkhidmatan Kewangan Komunitinya, Lim Hong Tat dalam satu kenyataan hari ini.

Bank itu, katanya, akan memproses permintaan mendapatkan bantuan meringankan beban mengikut kes, yang menyasarkan untuk mengurangkan kesukaran yang dihadapi pelanggan.

"Sesetengah pelanggan terkena kesan buruk banjir itu dan memerlukan pembelaan dari segi tanggungjawab kewangan pada masa penting ini serta menawarkan bantuan kemanusiaan untuk membantu mereka fokus pada komitmen masing-masing pada masa ini," katanya. – BERNAMA

(Petikan Utusan Malaysia Online - 13/1/2012)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,695,383

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 8
Hari Ini : 6
Tahun ini : 314085
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).