Rangka pelan induk atasi banjir di Sri Aman

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 16/01/2012 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 11854

SRI AMAN 15 Jan. - Sebuah pelan induk perlu dirangka bagi menangani masalah banjir yang sering berlaku di Sri Aman, khususnya di kawasan bandar.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, pelan induk itu membolehkan sistem perparitan dan saliran yang lebih efisien dibina bagi menangani masalah berkenaan.

"Kawasan bandar Sri Aman masih belum mempunyai sistem perparitan yang efisien, malah pelaksanaan projek pembinaan bandar baharu dijangka boleh memudaratkan lagi kejadian banjir pada masa akan datang.

"Sehubungan itu, saya yakin dengan adanya pelan induk untuk tujuan ini akan membolehkan kerja pembangunan di kawasan Sri Aman dilaksanakan seiring dengan sistem perparitan yang lebih efisien demi mengurangkan masalah banjir," katanya di sini semalam.

Beliau berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Tebatan Banjir Dan Dialog Bersama Penduduk di pekarangan Surau Hayatul Islam, Kampung Hulu di sini.

Pada majlis sama, Rohani telah menyempurnakan majlis pecah tanah bagi tujuan pembinaan projek tebatan banjir bernilai RM888,377 di kawasan Kampung Hulu, Sri Aman yang dijangka siap pada Julai tahun ini.

Dalam pada itu, Rohani memberitahu, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak \'bermegah-megah\' terhadap bantuan mahupun projek pembangunan yang dilaksanakan untuk penduduk berbanding pihak pembangkang.

Katanya, ia sememangnya tanggungjawab BN terhadap penduduk berbanding pihak pembangkang yang gemar menguar-uarkan bantuan yang mereka salurkan terhadap penduduk.

"Justeru, menjelang pilihan raya umum nanti, saya berharap supaya para pengundi sedar bahawa nikmat pembangunan yang mereka kecapi sekarang adalah hasil usaha kerajaan BN dan bukannya pihak pembangkang," ujarnya.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 16/1/2012)

 

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,692,147

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 21
Hari Ini : 1060
Tahun ini : 310849
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).