JPAM Terengganu lancar \'Ops Bantu 4\'

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 18/01/2012 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 9899

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu melancarkan \'Ops Bantu 4\' bagi menolong mangsa kemalangan dan mereka yang mengalami kerosakan kenderaan di jalan raya ketika musim perayaan.

Pengarahnya, Kamal Mokhtar, berkata hampir 100 anggota JPAM Terengganu terbabit dengan operasi itu yang akan berlangsung sehingga 30 Januari ini.

“Anggota akan bertugas dalam dua syif iaitu dari jam 8 pagi hingga 4 petang dan dari jam 4 petang hingga 12 tengah malam dengan setiap syif disertai 32 anggota.

"Kita juga peruntukkan sebuah ambulans, kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta bagi setiap daerah di negeri ini bagi menjalankan rondaan dan memudahkan operasi berkenaan," katanya di sini.

JPAM juga membekalkan sebuah Motosikal Gerak Pantas 999 untuk rondaan berkala di daerah Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu serta lori lima tan untuk daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi banjir.

Kamal berkata, Pengguna jalan raya yang menghadapi masalah hanya perlu hubungi talian 999 atau mana-mana pejabat JPAM yang terdekat untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, beliau berkata terdapat peningkatan ketara kes kemalangan yang dikendalikan JPAM Terengganu sejak dua tahun lalu.
“Pada 2010, JPAM Terengganu menerima 179 kes kemalangan membabitkan 479 mangsa dan tahun lalu meningkat kepada 192 dengan 600 mangsa,” katanya. - BERNAMA

(Petikan Berita Harian Online - 17/01/2012)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,692,101

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 20
Hari Ini : 1014
Tahun ini : 310803
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).