Hilir Perak teruk terjejas

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 14/03/2012 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 30552

TELUK INTAN 13 Mac - Keadaan banjir terutamanya di sekitar Hilir Perak dilaporkan semakin buruk apabila beberapa lagi kampung dinaiki air manakala jumlah penduduk yang dipindahkan turut meningkat kepada lebih 600 orang semalam.

Antara kawasan yang paling teruk terjejas adalah Kampung Ayer Hitam, Kampung Tukang Sidin, Sungai Kerawai, Kampung Batu 8 Changkat Jong, Kampung Selat Manggis, Batak Rabit, Kampung Jawa, Kampung SC dan Kampung Tengah.

Setakat pukul 11 malam tadi, sejumlah 336 penduduk di Kampung Ayer Hitam dipindahkan di pusat pemindahan sementara, diikuti Changkat Jong (125), Kampung Tukang Sidin (120) dan Kampung Sungai Kerawai (107).

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Semua agensi terlibat termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), pasukan bomba dan polis serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ekoran keadaan cuaca yang masih tidak menentu.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 14/3/2012)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,692,144

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 20
Hari Ini : 1057
Tahun ini : 310847
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).