\'Kediaman kami rosak teruk\'

Disediakan Oleh : Pentadbir Bencana
Tarikh Kemaskini : 14/03/2012 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 32537

AMPANG 13 Mac - Mangsa banjir di sekitar Lembah Jaya Utara meminta bantuan ihsan daripada kerajaan untuk membaiki kembali kediaman mereka yang rosak teruk akibat bencana banjir Rabu lalu.

Seorang penduduk, Ramli Abu Kassim, 62, berkata banjir tersebut telah meninggalkan kesan trauma kepada seluruh keluarganya kerana menyaksikan sendiri separuh daripada rumah kayu mereka dihanyutkan arus banjir.

"Dalam tempoh kira-kira dua jam, air dari sungai naik mendadak dan dinding rumah kami pecah kerana dipukul arus kuat.

"Sekarang ini, keluarga saya tinggal sehelai sepinggang dan kami terpaksa menumpang di rumah anak kerana rumah dan semua barang habis rosak akibat banjir itu," kata pesara polis itu yang telah menetap di Lembah Jaya Utara sejak 40 tahun lalu.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 14/3/2012)

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,692,120

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 16
Hari Ini : 1033
Tahun ini : 310822
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).