Kelantan masih digenangi banjir
Disediakan Oleh : Haizul Bin Abdul Halim
Tarikh Kemaskini : 23/12/2014 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 3487
KOTA BHARU – Biarpun bilangan mangsa banjir di Kelantan sedikit menurun semalam, namun keadaan banjir di negeri itu belum pulih apabila berlaku pertambahan daerah yang dilanda banjir.
Hujan lebat yang berterusan di Gua Musang sejak kelmarin menyebabkan lebih 10 buah kampung termasuk bandar lama Gua Musang ditenggelami air sehingga paras paha semalam.
Enam pusat pemindahan dibuka melibatkan jumlah mangsa 179 orang di Chiku, Galas dan Bertam.
Beberapa jalan menuju ke bandar daerah ini juga ditutup kepada kenderaan ringan.
Bagaimanapun, secara keseluruhannya keadaan banjir di Kelantan menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa banjir menurun kepada 16,411 orang semalam berbanding 18,570 kelmarin.
Menurut portal rasmi banjir kerajaan negeri, sebanyak 58 pusat pemindahan dibuka di sembilan buah daerah.
Daerah Pasir Mas masih merupakan daerah yang paling terjejas apabila 10,575 mangsa ditempatkan di 32 pusat pemindahan.
Sehingga pukul 8 malam semalam, lima sungai utama di negeri ini melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang pada paras 10.42 meter (m), Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah (16.13m) dan Tangga Krai di Kuala Krai (26.92).
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1223&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3MgJwPELl
Hakcipta terpelihara