Maran daerah terbaharu dilanda banjir

Disediakan Oleh : Haizul Bin Abdul Halim
Tarikh Kemaskini : 13/12/2016 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 4273

MARAN: Daerah ini menjadi kawasan terbaharu dilanda banjir di negeri ini dengan seramai 1,049 orang daripada 243 keluarga dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan banjir sehingga jam 11 pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran berkata, lapan kawasan di daerah itu dinaiki air sejak tengah malam tadi selepas hujan berterusan sejak petang semalam.

Kawasan terbabit adalah Kampung Luit (393 orang daripada 89 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan), Pekan Sungai Jerik (21 orang daripada tiga keluarga), Kampung Bak-Bak (35 orang daripada lapan keluarga), Paya Chendong (395 orang daripada 81 keluarga) dan Taman Maran Jaya (16 orang daripada tiga keluarga).

Seramai 89 orang daripada 19 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kampung Kuala Sentul, Taman Seri Chendong (186 orang daripada 35 keluarga) dan Kampung Bukit Kuin (18 keluarga daripada lima keluarga).

Katanya, tiga jalan ditutup untuk semua kenderaan iaitu Jalan Ulu Luit (jarak 100 meter), Kilometer 124.9 Jalan Maran-Jerantut (jarak 500 meter) dan Jalan Bak-Bak (jarak 100 meter).

"Pengguna jalan raya dari Jengka dan Temerloh yang hendak ke Maran dinasihatkan menggunakan laluan dari Jengka 5 kerana sebahagian kawasan di Pekan Tajau sudah dinaiki air," katanya.

Di Kuantan, seramai 1,421 orang daripada 357 mangsa ditempatkan di 19 pusat pemindahan manakala di Kuala Lipis (325 orang), Jerantut (21 orang) dan Rompin (78 orang).

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,499,151

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 11
Hari Ini : 362
Tahun ini : 117853
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).