Mangsa banjir kembali meningkat di Pahang
Disediakan Oleh : Haizul Bin Abdul Halim
Tarikh Kemaskini : 29/12/2014 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 4288
KUANTAN 29 Dis. - Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 33,225 orang setakat pagi ini. Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berkata, ke semua mangsa daripada tujuh daerah ditempatkan di 248 pusat pemindahan membabitkan 8,379 keluarga. Temerloh mencatatkan jumlah mangsa tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 12,012 mangsa daripada 2,859 keluarga yang kini ditempatkan di 71 buah pusat pemindahan. - UTUSAN ONLINE -