AMARAN KATEGORI KETIGA AMARAN ANGIN KENCANG & LAUT BERGELORA

Disediakan Oleh : MUHD FAIZ B SHUKOR
Tarikh Kemaskini : 10/11/2019 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 247

Dikeluarkan pada pukul 9:00 pagi, 10 November 2019


AMARAN KATEGORI KETIGA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN
I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)

Angin kencang barat laut berkelajuan dari 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan utara Reef North, Layang-layang dan Palawan sehingga Selasa, 12 November 2019.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.


II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang barat laut berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan timur laut Condore, selatan Reef North dan Labuan sehingga Selasa, 12 November 2019.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


III) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang barat laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Condore, Reef South dan barat Sulu sehingga Selasa, 12 November 2019.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


IV) AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Selat Melaka Selatan, Tioman dan Labuan sehingga 12:00 tengah hari; Ahad, 10 November 2019.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.


SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang barat laut berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Sabah Barat sehingga Selasa, 12 November 2019.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang barat laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Sarawak Utara sehingga Sabtu, 9 November 2019.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


III) AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perlis, Kedah, Penang, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sehingga 12:00 tengah hari; Ahad, 10 November 2019.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Dikemaskini pada 10 November 2019, jam 9:00 pagi

SUMBER: MetMalaysia

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,498,976

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 8
Hari Ini : 187
Tahun ini : 117678
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).