Tanah Runtuh Tutup Laluan (Berita Harian)

Disediakan Oleh : SEKRETARIAT BIGBEN JKR
Tarikh Kemaskini : 08/10/2014 [ 00:00:00 ]     Jumlah Capaian: 27674

Kuala Lumpur: Jalan Ampang-Hulu Langat ditutup sementara berikutan tanah runtuh di kawasan berdekatan Menara Tinjau, Bukit Ampang petang semalam.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaludin, berkata runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat beberapa hari lalu.

 
"Justeru, orang ramai diminta menggunakan jalan alternatif," katanya ketika dihubungi, malam tadi.
 


Kakitangan Jabatan Kerja Raya mengawasi kerja penutupan laluan berhampiran tanah runtuh di Menara Tinjau Hulu Langat, Ampang, malam tadi. - Foto Adzrin Jaafar


Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menyatakan runtuhan lereng bukit seluas 50 meter persegi itu didapati menutupi jalan, menyebabkan lalu lintas tergendala.

Dalam khidmat pesanan ringkas, jurucakap jabatan itu berkata pihaknya menerima maklumat mengenai runtuhan itu pada jam 6.11 petang semalam.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya juga menutup keseluruhan jalan dan polis peronda berada di lokasi bagi membantu mengawal lalu lintas.

"Tiada mangsa terbabit dalam kejadian ini," katanya.
BERNAMA

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,498,972

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 6
Hari Ini : 183
Tahun ini : 117674
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).