Disediakan Oleh : MUAZ BIN RUSHDAN
Tarikh Kemaskini : 04/01/2021 [ 00:00:00 ]
Jumlah Capaian: 248
SEKSYEN A: AMARAN CUACA (BAHAYA)
Hujan sangat lebat dijangka berterusan di negeri Terengganu (Kemaman) • Pahang (Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) • Johor (Mersing) sehingga Isnin, 4 Januari 2021.
SEKSYEN B: AMARAN CUACA (BURUK)
Hujan lebat dijangka berterusan di negeri Terengganu (Dungun) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Bera) • Johor (Segamat dan Kluang) sehingga Selasa, 5 Januari 2021.
SEKSYEN C: AMARAN CUACA (WASPADA)
I) Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) sehingga Selasa, 5 Januari 2021.
II) Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Perak (Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor) • Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) • Sabah: Pantai Barat (Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat sehingga Isnin, 4 Januari 2021.
Dikeluarkan pada: 8:35 malam, 3 Januari 2021
Sumber : MET Malaysia