NOTIS PENUTUPAN JALAN AIR TERJUN CHEMERUNG SEKSYEN 1.7 AKIBAT KEGAGALAN PEMBENTUNG.

Adalah dimaklumkan Jalan Air terjun Chemerung DITUTUP KEPADA SEMUA LALULINTAS akibat runtuhan pembentung bermula 27 November 2020 (Jumaat) dan akan dibuka semula pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sehubungan dengan itu, papan tanda amaran akan dipasang dan mohon kerjasama semua pengguna mematuhi papan tanda amaran yang disediakan bagi memastikan keselamatan pengguna

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi dengan pejabat JKR Daerah Dungun, Terengganu di talian 09-848 1657 /Fax 09-848 4600

Segala kesulitan amat dikesali

Sumber: Twitter JKR Dungun

https://twitter.com/JKRDungun/status/1332226335486316546/photo/4

AMARAN CUACA (WASPADA)

Dikeluarkan pada: 2:30 petang, 30 November 2020

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Perlis • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) • Perak (Hulu Perak) • Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) dalam tempoh Selasa, 1 Disember 2020 sehingga Khamis, 3 Disember 2020.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

PARAS AIR SUNGAI GOLOK MENURUN, MASIH DI TAHAP BAHAYA

Oleh Syaherah Mustafa - Disember 21, 2020 @ 12:41pm
bhnews@bh.com.my

RANTAU PANJANG: Paras air Sungai Golok masih melebihi tahap bahaya walaupun menunjukkan trend menurun sejak malam tadi.

Tinjauan mendapati, air membanjiri jalan utama di Pintu Satu, Pusat Pemeriksaan Jabatan Kastam ke Rantau Panjang sudah surut sepenuhnya.

Mengikut laporan infobanjir.water.gov.my, setakat 9 pagi ini, paras air sungai mencatat bacaan 10.38 meter, menurun berbanding semalam, iaitu 10.45 meter pada waktu sama.

Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Imran Ismail, berkata paras air sungai di Kampung Jenob, Tanah Merah, masih melebihi paras waspada dan Sungai Golok akan meningkat akibat aliran air sungai terbabit.

"Sebenarnya, paras Sungai Golok bergantung kepada keadaan di Sungai Jenob, yang memberi aliran air, sekali gus memberi kesan pada paras sungai, selain faktor taburan hujan.

"Selain itu, cuaca di Rantau Panjang mendung menyebabkan air lambat surut, malah jalan utama ke pekan masih digenangi air walaupun sedikit surut hari ini.

"Kerja menyelamat penduduk giat dijalankan semalam, termasuk membawa pesakit terperangkap di kawasan banjir ke hospital," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Imran berkata, pihaknya turut mendapat kerjasama termasuk daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

"Pihak kami membuat kawalan ketat di dalam kawasan balai bomba dengan hanya anggota bertugas dibenarkan masuk, manakala orang ramai perlu parkir kenderaan di tempat ditetapkan untuk sebarang urusan.

"Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sentiasa bersedia membantu masyarakat sepanjang musim tengkujuh ini," katanya.

Sumber: Berita Harian Online

Anggota Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor meninjau keadaan air di Sungai Golok. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

PM LAWAT MANGSA BANJIR DI KELANTAN

Nor Fazlina Abdul Rahim

nfazlina@nstp.com.my

Rantau Panjang: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kelantan untuk melawat mangsa banjir.

Muhyiddin tiba jam 10 pagi dengan menaiki helikopter sebelum mendengar taklimat banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi yang turut dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Selepas itu, Muhyiddin melawat mangsa banjir di PPS berkenaan sebelum menyerahkan sumbangan kepada mangsa.

Untuk rekod, sehingga jam 9 pagi ini, seramai 1,065 mangsa banjir dipindahkan di 14 PPS membabitkan 389 keluarga.

Semua mangsa banjir berkenaan membabitkan dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tanah Merah

Sumber : MyMetro

https://www.hmetro.com.my/

BANJIR DI PAHANG BERTAMBAH BURUK

KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang bertambah buruk apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat secara mendadak daripada 180 mangsa pada jam 11 pagi kepada 456 mangsa sehingga jam 1 tengah hari pada Ahad.


Berdasarkan laporan portal InfoBencanaJKM sehingga tengah hari, sebanyak 25 PPS dibuka di lima daerah yang terjejas dengan 13 daripadanya sudah menempatkan mangsa banjir melibatkan 124 keluarga yang terjejas.

Dua PPS dibuka di daerah Maran menempatkan 120 mangsa daripada 34 keluarga.


PPS Kampung Jara yang dibuka sejak Jumaat menempatkan 44 mangsa daripada 12 keluarga, manakala PPS Surau Sungai Jerik yang dibuka pada Ahad menempatkan 76 mangsa daripada 21 keluarga.

Bagi daerah Rompin, lima PPS dibuka iaitu di PPS Balai Raya Kampung Bukit Lepas dengan 44 mangsa daripada 12 keluarga, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Pontian (12 mangsa, tiga keluarga), Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam (109 mangsa, 34 keluarga), Dewan Orang Ramai Bukit Ibam (enam mangsa, dua keluarga) dan Balai Raya Kampung Jawa (sembilan mangsa, empat keluarga).

Sementara itu, sebuah PPS dibuka di Jerantut dengan 114 mangsa daripada 23 keluarga kini ditempatkan di Dewan JKKK Felda Kota Gelanggi satu.

Di daerah Raub, dua PPS dibuka di daerah Raub menempatkan 31 mangsa daripada 11 keluarga.

PPS Balai UMNO Kampung Batu Talam (tiga mangsa) dan surau Kampung Peruas (28 mangsa, lapan keluarga).

Banjir turut melanda daerah Temerloh dengan 17 mangsa daripada empat keluarga dipindahkan ke tiga PPS.

PPS Dewan Belia Paya Luas menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga, Dewan Terbuka Taman Pulai Idaman (enam mangsa, satu keluarga) dan Dewan JKKK Sungai Gau (satu mangsa).

Beberapa laluan dilaporkan mula dinaiki air termasuk di Kilometer 198 Lebuh Raya Pantai Timur1 (LPT1) di kedua arah dan ditutup kepada semua kenderaan.

Sementara itu, penduduk Taman Gambang Damai di sini berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran limpahan air yang berlaku di kawasan perumahan itu sejak pagi Ahad.

Seorang penduduk, Noor Syazuan Zulkifli, 36, berkata, air mula naik di kawasan itu ekoran limpahan air dari sungai berhampiran disebabkan hujan lebat berterusan sejak Sabtu.

"Buat masa sekarang, beberapa kawasan di kawasan itu dinaiki air sedalam kira-kira 0.2 meter.

"Laluan Jalan Kuantan-Maran berhampiran perumahan ini terputus perhubungan selepas dinaiki air dan tidak boleh dilalui semua kenderaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/117362/EDISI/Banjir-di-Pahang-bertambah-buruk
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

AMARAN CUACA (BAHAYA)

SEKSYEN A: AMARAN CUACA (BAHAYA)

Hujan sangat lebat dijangka berterusan di negeri Terengganu (Kemaman) • Pahang (Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) • Johor (Mersing) sehingga Isnin, 4 Januari 2021.

SEKSYEN B: AMARAN CUACA (BURUK)

Hujan lebat dijangka berterusan di negeri Terengganu (Dungun) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Bera) • Johor (Segamat dan Kluang) sehingga Selasa, 5 Januari 2021.

SEKSYEN C: AMARAN CUACA (WASPADA)

I) Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) sehingga Selasa, 5 Januari 2021.

II) Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Perak (Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor) • Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) • Sabah: Pantai Barat (Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat sehingga Isnin, 4 Januari 2021.

Dikeluarkan pada: 8:35 malam, 3 Januari 2021
Sumber : MET Malaysia

AMARAN CUACA (WASPADA)

Dikeluarkan pada: 1:15 tengah hari, 8 Januari 2021

AMARAN CUACA (WASPADA)

I) Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Terengganu (Dungun dan Kemaman) • Pahang • Johor • Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah sehingga Selasa, 12 Januari 2021.

II) Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat dalam tempoh Ahad, 10 Januari 2021 sehingga Selasa, 12 Januari 2021.

Sumber : MET Malaysia

SEMUA LALUAN LPT1 KINI DIBUKA KEPADA SEMUA KENDERAAN

 Semua laluan di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) kini telah boleh dilalui oleh semua kenderaan selepas kawasan yang terlibat dengan banjir sebelum ini telah beransur pulih.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataan berkata, sebelum ini laluan di Kilometer 126.3 antara Persimpangan Chenor ke Persimpangan Temerloh ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir.

Bagaimanapun kata LLM, lorong laju di laluan tersebut telah dibuka semula bermula pukul 4 petang tadi.

“Ini bermakna semua laluan di LPT1 kini boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“Walaubagaimanapun, pengguna dinasihati untuk mematuhi papan tanda di lokasi dan berhati-hati ketika memandu,” katanya di laman Facebook di sini hari ini.

Jelas LLM, untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini pengguna boleh mengikutinya di laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik.

Sumber : Kosmo Online 10/1/2021

https://www.kosmo.com.my/2021/01/10/semua-laluan-lpt1-kini-dibuka-kepada-semua-kenderaan/

SUNGAI JOHOR BERADA DIPARAS BAHAYA

KOTA TINGGI – Keadaan banjir di daerah ini dilihat akan bertambah buruk selepas beberapa sungai termasuk Sungai Johor berada diparas bahaya dan dijangka melimpah ke kawasan penempatan berhampiran.

Tinjauan yang dibuat di sekitar daerah ini mendapati beberapa kawasan seperti di Kampung Kelantan, Jalan Mawai dan pusat bandar didapati sudah dinaiki air.

Faktor hujan lebat yang turut sejak awal pagi tadi serta air pasang setinggi dua meter yang direkodkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) sekitar 6 pagi tadi menyumbang kepada kenaikan paras air.

Ramalan Jupem juga merekodkan akan berlaku air pasang setinggi 2.45 meter kira-kira pukul 8.30 malam ini yang dilihat bakal menyebabkan situasi banjir bertambah buruk.

Sumber : Kosmo Online 

https://www.kosmo.com.my/2021/01/10/sungai-johor-berada-diparas-bahaya/

AMARAN RIBUT PETIR

AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) • Sabah: Kudat (Kudat) sehingga 10:00 pagi; Selasa, 22 Disember 2020.

Sumber : Met Malaysia

https://www.met.gov.my

 

Halaman: 2 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,489,966

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 7
Hari Ini : 622
Tahun ini : 108668
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).