ATM SIAP SEDIA BANTU THAILAND TANGANI BANJIR
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga bagi membantu Thailand yang dilanda banjir sekiranya negara itu memerlukan khidmat tentera Malaysia.

(Petikan Berita harian Online 18/10/2011)
25 KORBAN TERBARU RIBUT TROPIKA
SAN SALVADOR: Angka kematian akibat hujan lebat di Amerika Tengah sejak lebih seminggu lalu meningkat hampir dua kali ganda sejak Sabtu dengan tambahan 25 korban di El Salvador, kata pihak berkuasa kelmarin.

(Petikan Berita Harian Online 18/10/2011)
KRISIS AKIBAT BANJIR DI THAILAND BELUM BERAKHIR
BANGKOK 17 Okt. - Banjir buruk di Thailand sehingga mengancam kota Bangkok semakin surut, namun para pegawai hari ini memberi amaran krisis yang timbul ekoran bencana alam itu masih belum berakhir.

(Petikan Utusan Malaysia Online 18/10/2011)
GEMPA DI TURKI, 1,000 MAUT
ANKARA 23 Okt. - Dianggarkan antara 500 hingga 1,000 orang terbunuh selepas gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter menggegarkan timur Turki, hari ini.

(Petikan Utusan Malaysia Online 24/10/2011)

BANGKOK TERUS DILANDA BANJIR
BANGKOK 23 Okt. - Tujuh daerah di Bangkok terus ditenggelami air sedalam 30 sentimeter awal hari ini, sementara pihak berkuasa memberi amaran banjir di ibu negara Thailand ini dijangka berlarutan selama beberapa minggu lagi.

(Petikan Utusan Malaysia Online 24/10/2011)

THAILAND BERUSAHA PAM AIR KELUAR DARI BANGKOK
BANGKOK 24 Okt. - Lebih banyak daerah di Bangkok diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga hari ini untuk menghadapi air banjir yang mengalir dari utara ibu negara Thailand ini, dan pihak berkuasa mengejar masa untuk mengepam air ke laut dan melindungi pusat perniagaan.

(Petikan Utusan Malaysia Online 25/10/2011)
214 SEKOLAH JADI PENEMPATAN BANJIR

KUANTAN 1 Nov. – Sebanyak 214 buah sekolah di negeri ini akan dijadikan pusat penempatan sementara untuk mangsa banjir sekiranya bencana alam itu berlaku seperti diramalkan pada Disember dan Januari tahun depan.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 02/11/2011)

TERENGGANU DILANDA RIBUT, OMBAK BESAR
KUALA TERENGGANU: Permulaan musim tengkujuh dan jangkaan banjir besar di Pantai Timur semakin terasa dengan hujan berterusan dan ribut menyebabkan pokok tumbang, manakala ombak besar menghakis pantai hingga merobohkan jalan dan wakaf, termasuk di Tok Jembal di sini.
 
(Petikan Berita Harian Online - 02/11/2011)
BANTUAN BANJIR TAK SAMPAI SEMUA TEMPAT

BANGKOK: Pihak berkuasa ibu negara Thailand mengakui tidak dapat memberi bantuan kepada semua mangsa banjir di kota itu ketika semakin ramai penduduk marah kerana belum mendapat bekalan keperluan daripada pegawai berkenaan.

(Petikan Berita Harian Online - 02/11/2011)

PIHAK BERKUASA THAILAND GIGIH BAIKI PINTU AIR DI BANGKOK

BANGKOK 2 Nov. - Pihak berkuasa Bangkok hari ini menjalankan kerja-kerja memperbaiki kerosakan pada pintu-pintu air yang dikatakan menjadi punca krisis banjir di ibu negara Thailand ini sehingga menimbulkan kemarahan penduduk.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 03/11/2011)

Halaman: 8 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,490,065

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 8
Hari Ini : 721
Tahun ini : 108767
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).