AMARAN CUACA (WASPADA)

AMARAN CUACA (WASPADA)
Dikeluarkan pada : 03:25pm pada 04 Disember 2017

SEKSYEN A : AMARAN CUACA (WASPADA) - Dikeluarkan pada : 01:30pm pada 04 Disember 2017

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang & Pasir Puteh), Terengganu, Pahang (Daerah Jerantut, Kuantan, Maran, Temerloh, Pekan & Rompin) & Johor (Daerah Segamat, Mersing & Kota Tinggi) dalam tempoh Khamis, 7 Disember 2017 sehingga Ahad, 10 Disember 2017.


SEKSYEN B : AMARAN RIBUT PETIR - Dikeluarkan pada : 3:25pm pada 04 Disember 2017.

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perlis, Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), P. Pinang, Johor (Daerah Mersing dan Kota Tinggi) dan Sarawak : Bahagian Sri Aman, Samarahan, Serian dan Kuching dijangka berterusan sehingga lewat petang, Isnin 4 Disember 2017.

http://www.met.gov.my/

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia

RAIN CAUSES FLOODING IN KLANG VALLEY

PETALING JAYA: Heavy rain caused flash floods at several places in the Klang Valley.

JEJAMBAT MRR2 DITUTUP SATU LORONG MULAI 3/8/2008


Jejambat MRR2 yang menghubungkan Kepong dan Selayang di Ibu kota terpaksa ditutup buat kali ketiga

JALAN GUA MUSANG-LOJING DITUTUP AKIBAT TANAH RUNTUH

Jalan Gua Musang-Lojing ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh di Kilometer 85.5 semalam. Jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Gua Musang berkata kejadian berlaku pada 10 pagi semalam melibatkan kawasan hampir satu kilometer. Jalan Gua Musang-Lojing adalah laluan alternatif bagi pemandu dari Kelantan ke Cameron Highlands.
Sumber: Bernama

BANJIR LANDA KELANTAN LUAR BIASA - SHAHIDAN

TUMPAT: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung terutama di Kelantan ketika ini adalah 'luar biasa'.

MANGSA BANJIR DI TERENGGANU, PAHANG BERTAMBAH

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Pahang meningkat setakat 9 malam ini berbanding petang tadi manakala jumlah mangsa banjir di lapan jajahan di Kelantan berkurangan. Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 5,918 orang malam ini, berbanding 5,152 orang pada sebelah petang tadi.

KELANTAN MASIH DIGENANGI BANJIR

KOTA BHARU ; Biarpun bilangan mangsa banjir di Kelantan sedikit menurun semalam, namun keadaan banjir di negeri itu belum pulih apabila berlaku pertambahan daerah yang dilanda banjir. Hujan lebat yang berterusan di Gua Musang sejak kelmarin menyebabkan lebih 10 buah kampung termasuk bandar lama Gua Musang ditenggelami air sehingga paras paha semalam.

MANGSA BANJIR SEMAKIN MENINGKAT DI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus mencatat peningkatan mencecah 12,150 sehingga pukul 10 pagi tadi.

MARAN DAERAH TERBAHARU DILANDA BANJIR

MARAN: Daerah ini menjadi kawasan terbaharu dilanda banjir di negeri ini dengan seramai 1,049 orang daripada 243 keluarga dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan banjir sehingga jam 11 pagi tadi.

JUMLAH MANGSA BANJIR PAHANG MENINGKAT 1,767 ORANG, 3 DAERAH TERLIBAT
KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 1,767 daripada 1,580 orang selepas hujan lebat berterusan dan kejadian air laut pasang besar malam tadi. Jumlah mangsa yang terlibat di daerah Kuantan serta berpindah ke pusat pemindahan seramai 1,421 manakala di Kuala Lipis (325 orang) dan Jerantut (21 orang).
Halaman: 5 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,691,182

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 20
Hari Ini : 95
Tahun ini : 309884
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).