ORANG RAMAI DINASIHATKAN JAUHI KAWASAN PANTAI
KUALA TERENGGANU - Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak mendekati dan melakukan riadah di kawasan pantai ketika fenomena air pasang dan ombak besar sekarang. Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hashim Abd. Jalil berkata, pihaknya akan menempatkan anggota terutama di kawasan pantai peranginan bagi menjamin keselamatan orang ramai.