JALAN TRANS BORNEO MENDAP
KUCHING 29 Dis. - Jalan Trans Borneo yang menghubungkan Serian dan Sri Aman ditutup kepada semua lalu lintas malam tadi berikutan kejadian tanah mendap di Kilometer 77, Kampung Semukoi, Balai Ringin dekat sini.

(Petikan Utusan Malaysia Online 30/12/2011)

BENTENG PECAH JEJAS 5 KAMPUNG
KUCHING: Lebih 500 penduduk lima kampung di Pulau Semilang berhadapan risiko banjir lebih buruk apabila benteng penahan ombak berdekatan kawasan itu yang pecah sejak dua tahun lalu, belum dibaiki hingga kini.

(Petikan Berita Harian Online 30/12/2011)
IBU DALAM PANTANG TRAUMA
KUCHING 29 Dis. - Seorang ibu yang masih dalam pantang trauma mengenangkan pengalaman meredah banjir dan hujan lebat sambil membawa bayi lelakinya ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Beradek, Pulau Semilang di sini Isnin lalu.

(Petikan Berita Harian Online 30/12/2011)

MANFAATKAN DERMA BAGI TINGKAT KEMUDAHAN MASJID

BESUT 4 Jan. - Semua jawatankuasa masjid di negeri diminta memanfaatkan derma orang ramai bagi meningkatkan kemudahan di masjid tanpa mengharapkan peruntukan kerajaan semata-mata.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 4/1/2012)

2,252 TAK KE SEKOLAH

KOTA BHARU: Seramai 2,076 murid dari tujuh sekolah di Kelantan dan 176 murid dari dua sekolah di Terengganu tidak dapat mengikuti sesi persekolahan 2012 semalam, apabila laluan dan kawasan sekolah mereka ditenggelami banjir.

(Petikan Berita Harian Online - 4/1/2012)

BANJIR DI TERENGGANU, JOHOR PULIH

KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda Terengganu dan Johor pulih sepenuhnya apabila semua mangsa yang berada di pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

(Petikan Berita Harian Online - 4/1/2012)


GEMPA BUMI KUAT GEGAR BARAT MEXICO
MEXICO CITY: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 menggegarkan barat Mexico hari ini mengakibatkan pekerja di bergegas keluar daripada bangunan, lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa yang berlaku pada jam 10.55 malam (waktu tempatan), berpusat kira-kira 51 kilometer dari La Mira, Michoacan.
MALAYSIA RASAI GEGARAN, INDONESIA KELUAR AMARAN TSUNAMI
JAKARTA: Indonesia mengeluarkan amaran tsunami sebentar tadi selepas gempa bumi bermagnitud 8.9 menggegarkan wilayah barat Aceh, Indonesia.
PENDUDUK PESISIR PANTAI LANGKAWI, KUALA MUDA SIAP SEDIA TINGGALKAN KEDIAMAN: MKN
ALOR SETAR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah mengarahkan semua penduduk yang tinggal di persisir pantai di negeri ini terutama di Langkawi dan Kuala Muda bersiap sedia untuk meninggalkan kediaman masing-masing bagi menghadapi kemungkinan ancaman Tsunami susulan gempa bumi berukuran 8.7 skala Richter di Aceh, Sumatera Utara Indonesia, petang tadi.
1,000 PENDUDUK KOTA KUALA MUDA TINGGALKAN RUMAH SUSULAN GEGARAN
SUNGAI PETANI: Hampir 1,000 penduduk dari lima kampung di persisir pantai Kota Kuala Muda di sini meninggalkan rumah masing-masing menuju ke Dewan Serbaguna Tunku Intan Shafinaz di kawasan berdekatan sebagai langkah keselamatan menghadapi kemungkinan ancaman Tsunami.
Halaman: 22 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,694,897

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 11
Hari Ini : 476
Tahun ini : 313599
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).