GEMPA BUMI SEDERHANA DI UTARA LAUTAN HINDI
KUALA LUMPUR – Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di utara Lautan Hindi pada 6.52 pagi ini.
BANJIR DI PANTAI TIMUR POSITIF
KUALA LUMPUR 28 Nov. — Keadaan banjir di Pantai Timur petang ini menunjukkan perkembangan positif dengan banjir di Terengganu pulih sepenuhnya manakala di Kelantan, hanya dua daerah masih terjejas akibat iaitu Pasir Mas dan Tumpat.

(Petikan Utusan Malaysia Online 29/11/2011)
KAMPAR DILANDA BANJIR, 124 KELUARGA DIPINDAHKAN
KAMPAR: Kira-kira 500 penduduk dari 124 keluarga yang tinggal di beberapa kampung di sekitar Kuala Dipang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air sehingga ke paras bumbung sejak jam 5 pagi tadi.
31,000 SUKARELAWAN PBSMM SEDIA HADAPI BANJIR
ALOR SETAR 22 Nov. - Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) yang kekuatannya mencecah 31,000 anggota sukarelawan di seluruh negara, sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir dalam masa terdekat.

(Petikan Utusan Malaysia Online 22/11/2011)
RIBUT DI KUALA NERANG: 20 RUMAH ROSAK
ALOR SETAR — Ribut kuat disertai hujan lebat kira-kira 15 minit di pekan Kuala Nerang dekat sini, petang semalam menyebabkan hampir 20 rumah dan berbelas kedai serta gerai rosak.
8,119 MANGSA BANJIR DIPINDAH

KUCHING 27 Dis. - Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk apabila seramai 8,119 mangsa daripada 45 kawasan yang terjejas dipindahkan setakat pukul 3 petang ini.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 28/12/2011)

KEADAAN BANJIR DI EMPAT NEGERI TIDAK BANYAK BERUBAH

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di beberapa negeri tidak banyak berubah setakat 6 petang ini dengan Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi mangsa banjir.

(Petikan Berita Harian Online 28/12/2011)

BANTUAN TIBA LAMBAT JIKA JALAN TERPUTUS

KUCHING 28 Dis. - Mangsa bencana banjir yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan di negeri ini dinasihatkan supaya bersabar sekiranya bantuan makanan lambat tiba.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 29/12/2011)

PELATIH PLKN BOLEH LAPOR DIRI LEWAT JIKA TERBABIT BANJIR

KUALA LUMPUR: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 9/2012 dibenarkan melapor lewat di pusat berkumpul sekiranya kawasan mereka terbabit dengan banjir.

(Petikan Berita Harian Online - 29/12/2011)

JALAN SERIAN-SRI AMAN DITUTUP AKIBAT TANAH RUNTUH

KUCHING 28 Dis. - Jalan utama menghubungkan Serian dan Sri Aman ditutup kepada semua kenderaan akibat cerun runtuh dan tanah mendap yang berlaku di Kilometer 77, Sebangkoi.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 29/12/2011)

Halaman: 21 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,498,834

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 5
Hari Ini : 45
Tahun ini : 117536
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).