JANGAN MAIN AIR: SULTAN IBRAHIM

KLUANG: “Jangan main air,” titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, secara ringkas, sebagai pesanan kepada semua penduduk kawasan terjejas banjir di negeri ini ketika mencemar duli melawat pusat pemindahan banjir sementara di Sekolah Agama Sri Kampung Tengah 1 di sini, semalam.

(Petikan Berita Harian Online - 22/12/2011)

TNB BELANJA RM150,000 BAIKI 22 PENCAWANG

ALOR SETAR 21 Dis. - Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan kira-kira RM150,000 bagi kerja-kerja penambahbaikan di 22 pencawang elektriknya di seluruh negeri ini yang bermasalah ekoran terletak di kawasan rendah dan berisiko ditenggelami air ketika banjir.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 22/12/2011)

JUMLAH MANGSA BANJIR JOHOR MENURUN KEPADA 2,991

JOHOR BAHRU 21 Dis. – Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Johor setakat 10 pagi ini menurun kepada 2,991 orang berbanding 3,265 semalam.

(Petikan Utusan Malaysia Online  - 22/12/2011)

OPERASI TANGANI MASALAH BANJIR

KUANTAN 21 Dis. – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mengambil beberapa tindakan segera bagi mengatasi masalah banjir kilat di bandar ini termasuk menggunakan jentera moden yang dibawa dari Kuala Lumpur untuk membersihkan longkang dan parit tersumbat.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 22/12/2011)

JUMLAH MANGSA BANJIR JOHOR MENURUN KEPADA 771 ORANG

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Keadaan banjir di Johor semakin pulih dengan jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan berkurangan kepada 771 orang setakat 10 pagi ini, berbanding lebih 1,800 petang semalam

(Petikan Utusan Malaysia Online - 22/12/2011) 

PBB RAYU BANTUAN DANA BENCANA UNTUK FILIPINA

MANILA 22 Dis. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini merayu sumbangan dana sebanyak AS$28.6 juta (RM91 juta) untuk membantu lebih setengah juta mangsa taufan di Filipina.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 23/12/2011)

MANGSA BANJIR FILIPINA HANYUT 100 KILOMETER

MANILA: Nelayan membantu tentera laut Filipina, polis dan bomba mencari mayat mangsa banjir kilat dan ribut, dengan ada yang dihanyutkan ke laut dalam dengan angka kematian mencapai 1,236, semalam.

(Petikan Berita Harian Online - 27/12/2011)

KAMPUNG TUPONG ULU BANJIR

KUCHING: Beberapa rumah di Kampung Tupong Ulu di sini, dinaiki air sedalam satu meter, kira-kira jam 5 pagi semalam, ekoran hujan lebat berterusan selain bertembung dengan air pasang besar di Sungai Sarawak.

(Petikan Berita Harian Online - 27/12/2011)

ORANG RAMAI DIMINTA JAUHI KAWASAN PANTAI

KOTA BHARU 26 Dis. – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menasihati penduduk di sepanjang pantai di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dengan ancaman ombak besar yang dijangka berlaku sehingga Khamis ini.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 27/12/2011)

AMARAN TSUNAMI DI MALAYSIA DITARIK BALIK JAM 10 MALAM INI
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi menarik balik amaran tsunami di Malaysia pada jam 10 malam ini selepas gempa bumi menggegarkan Aceh, petang tadi.
Halaman: 20 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,498,929

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 19
Hari Ini : 140
Tahun ini : 117631
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).