TIGA NEGERI PERLU DUDUK SEMEJA

SEREMBAN 9 Feb. – Bencana banjir yang melanda baru-baru ini perlu diselesaikan melalui Jawatankuasa Persempadanan Bersama tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tiga negeri ini perlu duduk semeja dan bersidang agar masalah banjir di kawasan sempadan bersama ini segera diselesaikan secara holistik dan lebih berkesan.

MANGSA BANJIR TERIMA SUMBANGAN RM50,000
Bantuan Parlimen Pontian kurang beban 151 keluarga

PONTIAN: Parlimen Pontian menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada mangsa banjir yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan banjir kerana bersimpati dengan kesukaran dialami mereka akibat dilanda bencana itu.
DIPANAH PETIR

TELUK INTAN: “Ketika itu bot kami hampir tiba di jeti, seketika saya ternampak cahaya terang memancar dari jauh sebelum terdengar dentuman kuat menyebabkan saya dan arwah rebah,” kata Mohd Fadli Yunus, 22, anak saudara kepada Yahya Mokdar, 59, yang maut dipanah petir ketika pulang memancing udang galah, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang berhampiran jeti Kampung Sungai Jelawat, Sungai Perak, Yahya maut di tempat kejadian manakala, Mohd Fadli cedera ringan dan dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan susulan.

PELAJAR MANGSA BANJIR TERIMA RM2.4J

Lebih 10,300 pelajar negeri ini yang menjadi mangsa banjir November lalu menerima sumbangan wang ihsan berjumlah RM2.4j daripada kerajaan Pusat.Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, setiap pelajar terlibat menerima RM200 sebagai tanda prihatin kerajaan terhadap mereka yang terjejas akibat bencana alam itu.

BANJIR KILAT RAGUT 14 NYAWA DI CHINA


BEIJING: Banjir kilat yang melanda barat daya China meragut 14 nyawa dan 35 yang lain masih hilang, kata pihak berkuasa negara itu.

PENGGUNA TERKANDAS, JALAN DINAIKI AIR

MERSING 10 Mac - Puluhan kenderaan terkandas di Kilometer 27, Jalan Mersing-Johor Bahru berhampiran pekan Jemaluang dekat sini apabila laluan berkenaan dinaiki air selepas hujan lebat sejak awal pagi ini.

Orang ramai yang melalui jalan berkenaan terpaksa menunggu berjam-jam untuk melepasi laluan tersebut yang ditenggelami air 0.5 meter sejauh kira-kira 50 meter.

(Petikan akhbar Utusan malaysia Online 11/03/2011)

 


HUJAN DI PAHANG, JOHOR DAN SABAH MEMUNGKINKAN BANJIR
KUALA LUMPUR 10 Mac – Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga hingga esok bagi Rompin di Pahang serta Kota Tinggi dan Mersing di Johor.

(Petikan akhbar Utusan Malaysia Online 11/03/2011)
\'KITA DAPAT RASA KESAN GEGARAN\'
KUALA LUMPUR: Beberapa bangunan tinggi di sekitar ibu negara turut merasai kesan gegaran akibat gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter yang melanda Sumatera Utara di Indonesia, 300 kilometer dari Pelabuhan Klang, pagi semalam.

Seawal jam 8 pagi, gegaran pertama dirasai penduduk Kondominium Villa Putra di Taman Melati, Gombak, selain pekerja di Wisma Kenanga, Jalan Sultan Ismail, ibu pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bangsar dan di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah.
GEGARAN DI PUSAT BELI-BELAH
MELAKA 14 Jun - Hampir 50 pengunjung dan pekerja sebuah pusat beli-belah dan bangunan kerajaan di sini, panik apabila merasai dua gegaran yang berlaku pukul 8.10 pagi dan 11 pagi hari ini.

JEPUN ELAK BENCANA KETIGA
Pihak berkuasa bertungkus-lumus atasi kecairan loji nuklear

SENDAI: Jepun semalam terus bertungkus-lumus untuk mengelak kecairan di dua reaktor nuklearnya yang rosak akibat gempa bumi mega Jumaat lalu dengan anggaran kematian akibat tsunami yang menyusul di sepanjang pantai timur laut negara itu mencecah 10,000 orang.
Jika berlaku kecairan atau ‘meltdown’ di loji terbabit ia menjadi bencana ketiga berturut-turut selepas negara Matahari Terbit itu dilanda gempa bumi dan tsunami.

(Petikan akhbar Berita Harian Online 14/03/2011)
Halaman: 15 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,498,950

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 6
Hari Ini : 161
Tahun ini : 117652
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).