GUNUNG BERAPI KEMBALI AKTIF DI JEPUN
TOKYO 14 Mac - Sebuah gunung berapi di sebelah selatan Jepun hari ini kembali menghamburkan debu dan asap tebal ketika negara ini sedang bergelut dengan kejadian tsunami dan gempa bumi besar.

(Petikan akhbar Utusan Malaysia Online 14/03/2011)


JPS PAM KELUAR AIR BERTAKUNG

LEDANG 5 Dis. - Pam air akan digunakan bagi mengatasi masalah banjir yang melanda tiga kampung di Mukim Kundang Telok Rimba di sini, memandangkan keadaan itu masih berterusan.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 06/12/2011)

RAJA THAILAND GESA RAKYAT TERUS BERSATU

BANGKOK: Raja Bhumibol Adulyadej menggesa penduduk Thailand bersatu dalam usaha menangani kesan banjir paling buruk yang melanda negara itu dalam tempoh setengah abad, ketika rakyat memperingati ulang tahun ke-84 pemerintah paling lama bertakhta itu.

(Petikan Berita Harian Online -06/12/2011)

JAMBATAN RENDAH SEKAT AIR PUNCA BANJIR KILAT

GEORGETOWN: Banjir kilat yang melanda Kajang, Selangor, Jumaat lalu berpunca daripada dua jambatan merintangi Sungai Jelok yang tiada paras selesa bawah jambatan serta rizab sungai yang sepatutnya digunakan untuk projek tebatan banjir masih didiami 21 gerai sementara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

(Petikan Berita Harian Online - 07/12/2011)

BANJIR MULA LANDA SRI AMAN, BETONG

KUCHING 6 Dis. – Hujan lebat berterusan sejak tiga hari lalu di negeri ini menyebabkan beberapa bahagian terutamanya di Sri Aman dan Betong dinaiki air.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 07/12/2011)

BANJIR KILAT SELEPAS HUJAN LEBAT

KUALA PILAH 7 Dis. - Penduduk di Kampung Batu 4 dekat sini, meminta kerajaan negeri menyekat aktiviti pengambilan pasir sungai di situ yang menyebabkan banjir kilat setiap kali hujan lebat.

(Petikan utusan Malaysia online - 08/12/2011)

BANJIR MUSNAHKAN BENIH PADI
AYER HITAM: Kira-kira 75 pesawah sekitar Parit Sagil di sini, kerugian lebih RM200,000 selepas hampir keseluruhan 45 hektar kawasan sawah yang sudah selesai ditabur benih dan mulai tumbuh, musnah akibat dilanda banjir sejak awal Oktober lalu.

(Petikan Berita Harian Online - 08/12/2011)
ELAK 8 BANJIR BESAR LIMPAHI KL

KUALA LUMPUR: Terowong SMART yang mempunyai peranan dwi fungsi dengan matlamat utamanya mengurangkan banjir, berjaya menyelamatkan ibu negara daripada lapan banjir besar sejak beroperasi pada Julai 2007.

(Petikan Berita Harian Online - 08/12/2011)

UNIT KHAS PANTAU SUNGAI JELOK

KAJANG: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan menubuhkan Unit Tindakan Khas Kecemasan Banjir sebagai persediaan menghadapi banjir di bandar ini, sementara menunggu keputusan perpindahan lokasi tapak niaga di Pasar Kajang yang dikatakan menjadi punca banjir kilat, Jumaat minggu lalu.

(Petikan Berita Harian Online -09/12/2011)

GELOMBANG KEDUA BANJIR DI KELANTAN, TERENGGANU

BACHOK: Penduduk Pantai Timur terutama di Kelantan dan Terengganu perlu bersedia menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka melanda negeri berkenaan pertengahan bulan ini.

(Petikan Berita Harian online -09/12/2011)

Halaman: 13 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,498,884

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 5
Hari Ini : 95
Tahun ini : 117586
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).