TERENGGANU SEDIA HADAPI BANJIR GELOMBANG KEDUA
KUALA TERENGGANU 4 Dis. - Penduduk di negeri ini harus mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir gelombang kedua di negeri itu.

(Petikan Utusan Malaysia Online 05/12/2011)
BANJIR: JPAM SEDIA 23,817 ANGGOTA
PUTRAJAYA 4 Dis. - Seramai 23,817 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersedia untuk digerakkan bagi membantu penduduk di Labuan, Sabah dan Sarawak yang dijangka menghadapi situasi banjir bermula bulan ini.

(Petikan Utusan Malaysia Online 05/12/2011)
JKM JOHOR BUAT PERSIAPAN AWAL HADAPI BANJIR
KOTA TINGGI: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor sudah membuat persiapan awal dengan menyediakan bekalan bagi menampung keperluan sehingga 100,000 mangsa banjir di seluruh negeri.

(Petikan Berita Harian Online 05/12/2011)
POLIS MARAN SEDIA HADAPI BANJIR
MARAN 1 Dis. – Polis Maran kini bersiapsiaga menghadapi banjir yang dijangka berlaku di daerah ini berikutan hujan lebat tidak menentu sejak dua minggu lalu.

(Petikan Utusan Malaysia Online 02/12/2011)
NEGERI SEMBILAN SIAP SEDIA HADAPI BANJIR - MB
SEREMBAN 1 Dis. - Kerajaan negeri sudah bersedia untuk menghadapi banjir sekiranya ia melanda negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

(Petikan Utusan Malaysia Online 02/12/2011)
TAK SEMPAT SELAMAT BARANGAN
TANJONG KARANG 1 Dis. – Meskipun masih berpantang selepas melahirkan anak pertamanya pada 5 November lalu, Noor Azizah Mohd. Tugi, 23, perlu menempuh cabaran getir berikutan Kampung Sungai Sireh di sini dilanda banjir sehingga menyebabkan 208 penduduk terpaksa dipindahkan.

(Petikan Utusan Malaysia Online 02/12/2011)

 
KEADAAN DI KELANTAN PULIH
KOTA BHARU: Banjir yang melanda Kelantan semakin pulih apabila hanya empat pusat pemindahan masih dibuka membabitkan jajahan Pasir Mas dan Tumpat, berbanding lapan kelmarin.

(Petikan Berita Harian Online 30/11/2011)
SEDIA HADAPI BANJIR KEDUA
IPOH: Orang ramai terutama penduduk di negeri yang dilanda banjir baru-baru ini atau berdepan risiko bencana itu diingatkan tidak terlalu leka, sebaliknya bersedia menghadapi kemungkinan banjir gelombang kedua dan ketiga.

(Petikan Berita harian Online 30/11/2011)
AMARAN CUACA TIDAK MENENTU DI EMPAT NEGERI
KUALA LUMPUR 30 Nov. — Hujan sekejap-sekejap dan kadang kala sederhana di Pahang dan Johor dijangka berlaku mulai esok sehingga Sabtu ini dan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

(Petikan Utusan Malaysia Online 30/11/2011)
AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT
Ribut petir dan hujan lebat di negeri Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Sipitang dan Nabawan), Sandakan (Daerah Tongod) dan Tawau (Daerah Lahad Datu, Tawau dan Kunak); dan Sarawak : Bahagian Limbang, Miri (Daerah Marudi) dan Kapit (Daerah Belaga) dijangka berterusan sehingga awal pagi, Jumaat 4 Mei 2012.
Halaman: 17 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,498,938

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 7
Hari Ini : 149
Tahun ini : 117640
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).