PENDUDUK TERKEJUT - BANJIR KILAT DI IBU NEGARA

KUALA LUMPUR: Hujan lebat selama dua jam menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar ibu kota dinaiki air sedalam 0.5 hingga tiga meter . Antara kawasan terjejas Jalan Tun Razak, Kampung Baru dan Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas teruk hingga jam 8 malam.

(Harian metro Online 14/12/2011)

LAKSANA KAJIAN ATASI BANJIR

ROMPIN 13 Dis. - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya satu kajian dibuat bagi menangani masalah di beberapa kawasan yang sering dilanda banjir di negeri ini agar ia tidak berulang pada masa akan datang.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 14/12/2011)

SISPA PASUKAN PENYELAMAT KEDUA

KUALA LIPIS 13 Dis. - Anggota Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Sispa) di institut pengajian tinggi awam (IPTA) merupakan pasukan penyelamat kedua dalam membantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ketika berlakunya bencana alam.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 14/12/2011)

MANGSA BANJIR PAHANG CECAH 3,000 ORANG
KUANTAN 13 Dis. - Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di dua daerah di Pahang meningkat kepada 2,894 orang pagi ini.

(Petikan Utusan Malaysia Online 13/12/2011)
AMARAN HUJAN SETIAP HARI
KUANTAN - Pahang diramalkan menerima hujan setiap hari dalam tempoh seminggu selepas dua hari melalui hujan sekali gus mengakibatkan banjir di beberapa kawasan di Rompin dan Kuantan.

(Petikan Sinar Harian Online 13/12/2011)
CUACA BAIK, 1,000 MANGSA BANJIR PULANG

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di dua daerah di negeri ini berkurangan kepada 1,735 orang dengan lapan pusat pemindahan di sini, ditutup berikutan cuaca panas sejak pagi semalam.

(Petikan Berita Harian Online - 14/12/2011)

BERSEDIA KEMUNGKINAN BANJIR
SEGAMAT - Sebanyak 30 buah bot lengkap dengan enjin dan jaket keselamatan diperuntukkan di bawah Parlimen Sekijang bagi kegunaan penduduk sekitar Parlimen berkenaan sekiranya berlaku banjir.

(Petikan Sinar Harian Online 13/12/2011)

JALAN RUNTUH 70 METER

KUANTAN – Aliran air bawah tanah punca utama Jalan Kuantan- Sungai Lembing di Seksyen 6 berhampiran sebuah stesen minyak berlaku runtuhan dan hakisan tanah, di sini semalam.

(Petikan Sinar Harian Online - 15/12/2011)

IBU KOTA DILANDA BANJIR KILAT LAGI

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan termasuk laluan utama di sekitar ibu negara ditenggelami banjir kilat dengan paras air mencapai 0.5 meter berikutan hujan lebat lebih sejam, petang semalam.

(Petikan Berita Harian Online - 15/12/2011)

DUA TINDAKAN ATASI BANJIR

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Dua pelan akan dilaksanakan pada tahun depan yang dijangka dapat mengatasi masalah banjir di sekitar Kuala Lumpur terutama di Jalan Tun Razak, di sini.

(Petikan Utusan Malaysia Online - 15/12/2011)

Halaman: 18 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,498,950

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 6
Hari Ini : 161
Tahun ini : 117652
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).