BANJIR: 20 KAMPUNG PUTUS HUBUNGAN
KUCHING: Lebih 5,000 penduduk dari 20 kampung sekitar Bau terputus hubungan selepas satu-satunya laluan keluar melalui Jalan Bau-Serikin ditenggelami air sedalam hampir satu meter akibat hujan lebat sejak malam kelmarin.

Berikutan itu, kerajaan negeri meletakkan Kuching dan Sibu dalam keadaan berjaga-jaga berikutan kemungkinan lebih banyak kawasan dinaiki air berdasarkan laporan kaji cuaca yang menjangka hujan lebat berterusan.
Sehingga jam 7 malam tadi, dua pusat pemindahan banjir dibuka di Dewan Masyarakat Jalan Stephen Yong dan Surau Kampung Sinar Budi, Batu Kawah, membabitkan 83 keluarga.

(Petikan akhbar Berita Harian 12/01/2011)
WANITA MAUT KENA RENJATAN ELEKTRIK
Mangsa berpaut wayar elektrik harungi bah

TUMPAT: "Saya terdengar jeritan isteri sebelum melihat dia menggelupur sebaik terkena kejutan elektrik.
"Sebelum kejadian ini, saya perasan arwah agak pendiam dan sering menghubungi saya sambil bertanya sama ada saya menyayanginya," kata suami Allahyarham Sazila Rosli, 27, Mahadi Yahya, 36,
Mahadi berkata, isterinya terkena kejutan elektrik di halaman rumah ibunya di Kampung Simpangan Hulu, di sini yang masih ditenggelami banjir.

(Petikan akhbar Berita Harian 12/01/2011)
BANJIR: 4 KELUARGA DI CHERATING DIPINDAHKAN
KUANTAN: Empat keluarga membabitkan 23 penduduk Kampung Sungai Ular, Cherating, dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Cherating, kira-kira jam 10.30 pagi ini.
HUJAN LEBAT DI PAHANG DAN JOHOR SEHINGGA SABTU
KUALA LUMPUR: Hujan lebat peringkat kuning di Pahang dan Johor dijangka berlarutan sehingga malam esok, menurut Jabatan Metereologi Malaysia.
BILANGAN MANGSA BANJIR DI TERENGGANU MENINGKAT
KUALA TERENGGANU: Bilangan mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 3,608 pagi ini berbanding 2,451 orang semalam. Daripada jumlah itu, Kemaman mencatat angka tertinggi dengan 2,161 orang diikuti Dungun (599), Marang (329), Besut (51), Kuala Terengganu (248), Setiu (113) dan Hulu Terengganu (107) dan Besut (51).
KEADAAN BANJIR DI KELANTAN TIDAK BERUBAH
KOTA BAHARU, 3 Dis (Bernama) -- Keadaan di kawasan-kawasan dilanda banjir di Kelantan petang Khamis masih tidak berubah dengan seramai 56 orang mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan di tiga jajahan.
BANJIR DI HULU TERENGGANU DAN BESUT BERANSUR PULIH
KUALA TERENGGANU, 3 Dis (Bernama) -- Keadaan banjir di daerah Hulu Terengganu dan Besut kini beransur pilih, manakala paras air di hampir semua sungai kembali ke paras waspada setakat pukul 8 Khamis malam.
BANTUAN DARI SUKARELAWAN
\"\"

SUKARELAWAN KRMK sanggup mengharungi banjir yang tercemar dengan najis ketika membantu menyelamatkan barang mangsa banjir di Kampung Geliga di Kemaman.

MANGSA BANJIR DI PAHANG BERKURANGAN
KUANTAN: Mangsa banjir di Pahang terus berkurangan kepada 517 orang yang ditempatkan di sembilan pusat pemindahan di dua daerah yang masih terjejas akibat banjir, pagi ini.
BANJIR DI PAHANG, KELANTAN AGAK PULIH, TERENGGANU BERTAHAN
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Banjir di Kelantan dilapor semakin pulih dengan bilangan mangsa yang dipindahkan menurun kepada 2,444 berbanding 2,984 orang pada sebelah pagi manakala di Perak bilangan mangsa banjir kekal pada 562 orang.
Halaman: 26 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,694,940

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 10
Hari Ini : 519
Tahun ini : 313642
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).