KEJADIAN TANAH RUNTUH
bencanaalam/Assets/imagesberita/tanahruntuh/grikjeli.jpgLaporan sehingga pukul 7 malam hari ini mendapati beberapa tanah runtuh telah berlaku akibat hujan lebat yang bermula pada tengahari tadi. Jalan yang terlibat adalah Jalan raya Timur Barat Laluan FT 4 di Seksyen 114 dan 119, masing-masing di Kg. Tumbi Rapat dan Kg. Bukit Pak Mud di Daerah Jeli, Kelantan. Tanah runtuh juga telah berlaku di Negeri Kedah iaitu di Laluan K 20, Jalan Sintok - Padang Sanai dan di Changloon - Changkat Setol Laluan K252.