797 MANGSA MASIH DI PUSAT PEMINDAHAN BANJIR DI KELANTAN
Keadaan banjir secara keseluruhan di Kelantan tidak banyak berubah walaupun sudah dua hari cuaca panas di negeri ini dengan jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara kini 797 orang melibatkan 205 keluarga.

Jurucakap Pusat Operasi Banjir Negeri berkata di Pasir Mas seramai 736 orang berada di pusat pemindahan dan di Tumpat seramai 61 orang.

Sumber:  Bernama

20 MANGSA BANJIR MASIH DI PUSAT PEMINDAHAN
Seramai 20 orang mangsa banjir di Pekan masih ditempatkan di pusat pemindahan di daerah itu. 

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata kesemua mereka adalah penduduk dari kampung Sungai Ganchong dan Kampung Aceh yang ditempatkan di pusat pemindahan di Balai Raya Kampung Aceh.

Sumber: Bernama

BANJIR DI UTARA SARAWAK MAKIN BURUK
Banjir semakin buruk di utara Sarawak dengan 72 penduduk Kampung Iran, termasuk kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Mentali, terpaksa dipindahkan berikutan paras air terus naik.

Sumber: Berita Harian
BANJIR DI SABAH RAGUT KORBAN PERTAMA

Banjir di Sabah meragut nyawa pertama apabila seorang lelaki warga emas lemas dihanyutkan arus deras ketika menjala di Sungai Liu di Kampung Sungai Liu Laut di sini, pagi semalam.

Sumber: Berita Harian

 

PARAS AIR DI KUCHING MAKIN SURUT
Keadaan banjir yang melanda Sarawak sejak Jumaat lalu semakin pulih petang semalam dan sehingga jam 4.30 petang, seramai 6,629 mangsa membabitkan 1,188 keluarga masih berada di 34 pusat pemindahan yang masih aktif.

Sumber: Berita Harian
KEADAAN BANJIR SEMASA

PENDUDUK terpaksa menggunakan kemudahan sampan untuk melakukan aktiviti harian dan menyeberangi jalan di Kampung Kabatasan - Kanibungan yang ditenggelami air di sini, hari ini. Jalan yang menghubungkan antara daerah Pitas ke Kanibungan serta beberapa kampung di sekitar kawasan ini ditenggelami air sejak Isnin lalu.
Sumber: Bernama/Berita Harian

AMARAN ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA ENAM NEGERI

Penduduk Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah Barat dan Kudat dinasihat tidak melakukan sebarang aktiviti di laut berikutan angin kencang dan laut bergelora yang berlaku dan dijangka berterusan hingga hari ini.  Sumber: Berita Harian Online

BILIK GERAKAN BENCANA JKR

Bilik Gerakan Bencana JKR kini dibuka pada PERINGKAT 3.

BERITA CAWANGAN : PEMASANGAN JAMBATAN PANEL BERKELULI
Pada 23 April 2008, di Daerah Alor Gajah Melaka, hujan lebat telah mengakibatkan runtuhan terhadap sebahagian daripada jalan tuju jambatan di M153, Jalan Padangan Kambing dan M132, Jalan Air Paabas. Cawangan Senggara Fasiliti Jalan telah diminta memasang jambatan sementara di dua lokasi tersebut.

Dua buah jambatan sementara panel keluli telah siap dipasang di lokasi-lokasi tersebut oleh Pasukan  Jambatan Panel Keluli JKR Temerloh dan Unit Tentera Kem Terendak Melaka  pada 28hb April 2008 dan 02hb Mei 2008.

BAGAIMANA TAUFAN MENDAPAT NAMA

Mengikut laporan Pihak Pentadbir Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA), nama taufan diberi oleh negara yang terjejas. Negara seperti Filipina dan Jepun yang sering menerima bencana alam itu memberi nama taufan berdasarkan unsur atau identiti taufan yang melanda.

Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (WMO) menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus yang bertanggungjawab menamakan taufan ini. Jawatankuasa Taufan ditubuhkan pada 1968 di bawah pengawasan WMO dan Suruhanjaya Sosial dan Ekonomi Bagi Asia Pasifik (ESCAP) bagi mempromosi dan menguruskan usaha meminimumkan kerosakan akibat ribut tropika dan taufan di rantau itu.

( Petikan Berita Minggu 11/05/2008 )
Halaman: 33 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,499,151

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 11
Hari Ini : 362
Tahun ini : 117853
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).