KEADAAN TERKINI BANJIR DI JOHOR

Daerah yang masih terlibat dengan banjir adalah Mersing, Kota Tinggi, Kluang dan Batu Pahat. Bagi daerah Segamat, Pontian, Muar dan Johor Bahru kebanyakan jalan utama telah boleh dilalui sepenuhnya. Untuk mengetahui status jalan-jalan yang masih ditutup klik - status - banjir.

JALAN LAMA KUALA LUMPUR-BENTONG DITUTUP

Kejadian abutment runtuh sec.66 di jalan tersebut telah menyebabkan jalan ditutup kepada semua kenderaan bermula pada 20.1.2007. Semua pengguna dinasihatkan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak untuk ke Bentong.

BANJIR DI JOHOR BERTAMBAH BAIK

Laporan daripada Bilik Gerakan Bencana JKR Johor yang menyatakan banyak jalan-jalan yang ditenggelami air pada minggu lepas kini boleh dilalui oleh semua kenderaan. Kerja-kerja penyenggaran kerosakan akibat bencana banjir sedang dilaksanakan.

BANJIR MULA MELANDA DI NEGERI JOHOR

Beberapa daerah di Negeri Johor mula dilanda banjir semenjak 6.12.2007 berikutan hujan lebat berterusan dalam tempoh 48 jam. Antara daerah-daerah yang terlibat ialah Segamat, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Johor Bahru. Daerah Segamat dilaporkan mengalami keadaan banjir paling buruk dimana 1005 mangsa banjir terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan.

RAMALAN HUJAN YANG DIKELUARKAN OLEH JMM

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah mengeluarkan amaran tahap merah dengan meramalkan hujan sederhana dan kadangkala lebat di selatan dan utara Johor serta Pahang.

TIGA NEGERI DILANDA BANJIR

Tiga negeri di Semenanjung iaitu di Johor, Pahang dan Kelantan dilanda banjir berikutan hujan berterusan sejak tiga hari lalu. Dilaporkan sekurang-kurangnya 14 daerah yang terlibat dan menyebabkan kira-kira 5,500 penduduk terpaksa dipindahkan.

BANJIR SEMAKIN BURUK

Keadaan banjir yang melanda di negeri Johor, Pahang dan Kelantan semakin buruk berikutan hujan lebat yang masih berterusan. Kebanyakan jalan-jalan utama yang dinaiki air melebihi 0.3m telah mula ditutup.

TANAH RUNTUH
Laporan terkini sehingga jam 10.00pagi, terdapat kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Persekutuan FT004 Jalan Gerik-Jeli, Seksyen 35.9 dan hasil perkembangan terkini jalan tersebut masih dibuka kepada trafik dan kawalan trafik akan dijalankan dari masa ke semasa oleh pihak konsesi.
BANJIR TIADA TANDA SURUT

Banjir yang melanda beberapa negeri sejak dua minggu lalu belum menunjukkan tanda-tanda akan surut dengan hampir 40,000 mangsa dijangka terpaksa menyambut ketibaan Aidiladha di pusat-pusat pemindahan.

JALAN DITUTUP AKIBAT TANAH MENDAP
Jalan alternatif dari Kota Bahru ke Gua Musang yang melalui jalan negeri iaitu Jalan Gua Musang-Jelawang-Dabong 29, KM 45 dari Gua Musang (Meranto) telah ditutup kepada semua lalulintas sejak 22 Disember 2007 lalu akibat kejadian tanah mendap.

Halaman: 35 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,498,995

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 10
Hari Ini : 206
Tahun ini : 117697
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).