6 NEGERI YANG DILANDA BANJIR BERANSUR PULIH

Keadaan banjir di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu serta Kelantan beransur pulih dan semakin ramai mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing semalam, manakala di Kelantan dan Terengganu, tiada lagi mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan.

KEDAH NEGERI TERBARU BANJIR

Kedah menjadi negeri terbaru dilanda banjir selepas Pantai Timur dan Johor, apabila empat daerah iaitu Kubang Pasu, Sik, Padang Terap dan Baling dinaiki air berikutan hujan berterusan lebih 24 jam. Antara kawasan yang teruk terjejas di Padang Terap ialah Tanjung Piring dan Sungai Kap, manakala Nami Lama di Sik.

BANJIR KEMBALI MELANDA DI TERENGGANU

Banjir yang mula reda pada pertengah minggu ini, kembali melanda apabila beberapa batang air sungai utama di negeri berkenaan melimpah. Beberapa jalan kembali ditutup apabila paras air di atas jalan hampir melebihi 1.0m. Di antara jalan yang ditutup adalah FT 3684 Seksyen 25 Jalan Besut - Tembila dengan air sedalam 1.0m dan ditutup kepada semua kenderaan.

TANAH RUNTUH AKIBAT BANJIR

Kejadian banjir yang dilaporkan pada awal minggu lalu telah kembali pulih dengan ke semua jalan-jalan utama dibuka semula. Menurut laporan dari Bilik Gerakan Bencana JKR Negeri masih terdapat jalan yang ditutup namun kebanyakan adalah akibat kejadian tanah runtuh.

JAMBATAN RUNTUH

Sebuah jambatan di Jalan Negeri(N03),seksyen 5.5, Kg. Parit yang merupakan laluan alternatif dan jalan lama Kuala Pilah - Seremban telah runtuh sekitar jam 5.45 pagi pada 29 Disember 2005 akibat hakisan. Jambatan tersebut merupakan jambatan kokrit sepanjang 5 meter. Ekoran dari kejadian tersebut laluan tersebut telah ditutup kepada semua lalulintas bagi kerja kerja pemulihan.

BANJIR DI JOHOR

Lebih 5,000 penduduk kawasan rendah di tujuh buah kampung di Layang-Layang, Renggam dan Simpang Renggam di Kluang diminta bersedia untuk berpindah berikutan hujan lebat sejak awal pagi 8hb.Januarai 2006. Sehingga petang ini, paras air di beberapa sungai utama Segamat dilaporkan agak tinggi. Sungai Muar di Buloh kasap sudah melepasi paras bahaya iaitu 8.6 meter.

PM ARAHKAN MRR2 DI KEPONG DITUTUP BAGI KERJA-KERJA PEMBAIKAN

Perdana Menteri telah mengarahkan MRR2 di Kepong ditutup bermula pada 4hb.Februari 2006 bagi kerja kerja pembaikan dijalankan. Kerja pembaikan dijangka memakan masa antara tiga hingga empat bulan Bahagian yang ditutup bermula dari seksyen 1.7 hingga 3.6, Laluan dari arah Sg.Buloh ke Batu Caves. Bagaimana pun jalan susur di bawah jejambat masih dibuka kepada kenderaan.

SEGAMAT DI ANTARA DAERAH PALING TERUK DILANDA BANJIR

Lebih 10,000 penduduk di hampir semua daerah di Johor dan daerah Jasin di Melaka terpaksa dipindahkan akibat banjir selepas hujan lebat berterusan sejak semalam. Banjir juga dijangka melanda beberapa negeri di Pantai Timur dan barat Semenanjung seperti Melaka dan Negeri Sembilan serta bahagian timur dan selatan Pahang

BANJIR DI PAHANG TERJEJAS TERUK

Keadaan banjir di Pahang dilaporkan terjejas teruk dengan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan semakin meningkat kepada 22,143 orang. Peningkatan ini berikutan beberapa daerah di negeri tersebut dinaiki air sejak malam kelmarin.

KEJADIAN TANAH RUNTUH

Kejadian tanah runtuh telah berlaku di Jalan Gua Musang-Kota Bharu di Kilometer 65 kira-kira jam 8.45 pagi pada 16 Disember 2007. Berikutan daripada itu, jalan tersebut telah ditutup kepada semua kenderaan.

Halaman: 38 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,499,117

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 4
Hari Ini : 328
Tahun ini : 117819
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).