DUA PERKHIDMATAN TREN KE UTARA DIBATAL AKIBAT BANJIR
Dua perkhidmatan tren penumpang Keretapi Tanah Melayu (KTM) ke utara dibatalkan manakala satu lagi dijadual semula hari ini berikutan kawasan landasan Arau-Tunjang terpaksa ditutup setelah dinaiki air.
BANJIR DI UTARA BERTAMBAH BURUK, LEBIH 9,000 MANGSA DIPINDAHKAN
Keadaan banjir di utara Semenanjung kini bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di Kedah dan Perlis terus meningkat.
MANGSA BANJIR DI KELANTAN YANG DIPINDAH TERUS MENINGKAT
Mangsa banjir yang dipindahkan di Rantau Panjang pada sebelah petang ini sehingga jam 4.00 sedikit bertambah pada seramai 475 orang berikutan limpahan air Sungai Golok.
KORBAN BANJIR: 2 BERADIK DIKHUATIRI LEMAS DI POKOK SENA
Dua beradik dari Kampung Telaga Mas, Pokok Sena dikhuatiri lemas selepas motosikal yang mereka tunggangi tergelincir masuk ke dalam tali air di kampung itu hari ini.
LEBIH 25,000 ORANG DIPINDAH AKIBAT BANJIR DI KEDAH
Lebih 25,000 penduduk daripada 6,415 keluarga di empat daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir berikutan keadaan banjir semakin teruk sejak dua hari lepas.
BANJIR DI KEMAMAN TIDAK BERUBAH, SETIU BERANSUR BAIK
Keadaan banjir di Kemaman tidak berubah sementara di Setiu beransur pulih pagi ini, dengan keseluruhan mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu kini 445 orang berbanding 349 orang petang semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata daripada jumlah itu, seramai 407 orang di Kemaman dan 38 orang di Setiu. Sumber: Bernama

MANGSA BANJIR DI KELANTAN MENINGKAT 810 ORANG
Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 810 orang daripada 189 keluarga setakat pukul 11 pagi ini. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, satu jalan utama telah ditutup setakat ini iaitu Jalan Rantau Panjang ke Panglima Bayu.
Sumber: Utusan Malaysia Online
BANJIR DI PAHANG MAKIN BURUK
Keadaan banjir di Pahang semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara meningkat kepada 2,514 orang berbanding hanya 246 orang semalam.
Sumber: Utusan Malaysia Online
MANGSA BANJIR DI PAHANG MULA BERKURANGAN
Jumlah mangsa banjir di Pahang yang ditempatkan di 12 pusat pemindahan di tiga daerah yang terlibat berkurangan daripada 2,717 orang semalam kepada 1,448 orang pagi ini.

Sumber: Bernama

BANJIR DI TERENGGANU HAMPIR PULIH
Keadaan banjir di Setiu pulih sepenuhnya apabila semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak petang semalam, sementara di Kemaman jumlah mangsa berkurangan kepada 33 orang pagi ini.

Sumber: Bernama

Halaman: 32 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,499,184

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 15
Hari Ini : 395
Tahun ini : 117886
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).