BERITA LUAR NEGARA : 8,533 TERKORBAN GEMPA DI CHINA

BEIJING: Seramai 8,533 orang dipercayai terbunuh apabila gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter melanda Sichuan, wilayah barat daya China, yang gegarannya turut dirasai sehingga ke Thailand, Taiwan dan Vietnam, semalam.

( Berita Harian : 13/05/2008 )

PM SERU RAKYAT BANTU MANGSA TAUFAN NARGIS

KUALA LUMPUR 13 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyeru seluruh rakyat Malaysia tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa Taufan Nargis di Myanmar yang kini berhadapan pelbagai kesulitan.

Beliau menyampaikan mesej ringkas tersebut ketika melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Taufan Myanmar anjuran RTM di lobi bangunan Parlimen di sini.

( Petikan Utusan Malaysia - 14/05/2008 )

BERTA LUAR NEGARA : TAUFAN KEDUA HAMPIRI MYANMAR

BANGKOK: Taufan kedua diramalkan menghampiri Myanmar semalam, kurang dua minggu selepas negara itu dilanda bencana yang membunuh berpuluh ribu penduduknya.

Pusat cuaca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesan satu lagi ribut tropika yang diramalkan bertukar menjadi taufan, kata Amanda Pitt, jurucakap bagi program bantuan kemanusiaan badan dunia itu di Bangkok.

( Petikan Berita Harian 15/05/2008 )

KEADAAN BANJIR DI SABAH
Mengikut laporan media keadaan banjir di Kota Marudu, Kota Belud dan Keningau semakin buruk. Walaubagaimanapun laporan yang diterima dari JKR Sabah tiada jalan yang melibatkan jalan-jalan JKR.
STATUS SEMASA KEJADIAN BENCANA

Kejadian bencana banjir yang melanda negeri yang terlibat sebelum ini seperti Johor, Pahang dan Kelantan telah pulih berikutan paras air yang telah surut dan keadaan cuaca yang bertambah baik. Pemulihan banjir ini jelas menyumbang kepada pembukaan semula semua Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri yang terdahulunya ditutup berikutan paras air yang melebihi tahap bahaya.

STATUS PEMBUKAAN JALAN PERSEKUTUAN

Sehingga laporan terkini (9 Januari 2008), Jalan Persekutuan FT 1579 di Pahang dan FT 008 di Kelantan yang ditutup berikutan kejadian tanah runtuh telah dibuka semula kepada semua kenderaan. Di Negeri Pahang, Jalan Persekutuan FT 1579, KM 31, Jalan Triang Satu-Tembangau (Daerah Bera) telah dibuka semula kepada semua kenderaan pada 8 Januari 2008 selepas kerja pembaikan siap dijalankan. Manakala di Negeri Kelantan, 2 jalan lencongan di Jalan Persekutuan FT 008, Jalan Gua Musang-Kuala Krai (KM 55 dan 67 dari Gua Musang) telah dibuka 2 lorong kepada semua kenderaan mulai 7 Januari 2008.

SITUASI TERKINI BANJIR DAN RAMALAN CUACA.

Sehingga minggu pertama Januari 2008, keadaan banjir di Negeri Pahang, Kelantan dan Johor telah pulih sepenuhnya. Ini terbukti dengan paras air banjir yang telah surut dan keadaan cuaca yang semakin baik. Bagaimanapun, amaran keadaan hujan masih dikeluarkan sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku Hujan Monsun Timur Laut Kedua.

BILIK GERAKAN BENCANA, IBU PEJABAT JKR BEROPERASI DI PERINGKAT II

Adalah dimaklumkan bahawa Bilik Gerakan Bencana, Ibu Pejabat JKR Malaysia akan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang mulai 2 Januari 2008. Senarai nama dan jadual petugas-petugas bagi Bilik Gerakan Bencana (2007-2008) Peringkat II boleh disemak di laman web bencana alam di alamat http:www.jkr.gov.my/bencanaalam.

BANJIR MULA MELANDA NEGERI PANTAI TIMUR DAN UTARA SEMENANJUNG

Keadaan cuaca yang hujan bermula pada sabtu lalu mengakibatkan paras air sungai utama di Negeri Kelantan dan Terengganu meningkat. Maklumat daripda Bilik Gerakan Banjir JKR Negeri Kelantan menyatakan jalan-jalan masih dibuka kepada lalulintas dan paras air Sungai Kelantan mulai surut pada 9.00 pagi ini berbanding kemarin.

JAMBATAN TERPUTUS TELAH DIBAIKPULIH

Keadaan banjir di negeri Johor semakin buruk pada hari ini dengan melibat daerah Kluang, Batu Pahat, Kota Tinggi, Segamat, Pontian, Mersing dan Johor Bahru. JKR telah memasang jambatan Bailey sebagai jalan sementara di Jambatan Sungai Semberong (gambar), Batu 5, Jalan Kluang-Mersing (FT050) yang terputus akibat hakisan yang teruk.

Halaman: 34 daripada: 39

Pengumuman

PERINGKAT 3 (24 Jam)

Waktu Pelaporan : 10.00 pagi, 2.00 petang, 6.00 petang, 10.00mlm, 2.00 pagi, 6.00 pagi

www.bencanalam.jkr.gov.my

03-26107727



Bual Bicara Bencana

Sila log masuk terlebih dahulu. Ruangan ini bagi pengguna berdaftar sahaja.

Status Bilik Gerakan Banjir

Statistik Pengunjung

2,498,972

Pengunjung Terkini

Pengunjung Online : 6
Hari Ini : 183
Tahun ini : 117674
Kemaskini terakhir : 26/01/2023
© 2011 JKR. Hakcipta Terpelihara.
Dibangun dan disenggarakan oleh oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ-JKR).